Skim Cepat Miskin
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Ini kerana saya baru sahaja sembuh dari demam. Memang sekarang musim demam agaknya. Ramai yang demam samada mungkin disebabkan cuaca atau berjangkit dari pengidap yang lain. Tak apalah. Allah tidak akan menjadikan penyakit itu suatu malapetaka selain menjadi penghapus dosa kecil bagi kita semua. Yang penting mesti sabar dan istiqamah dalam menghadapi ujian dariNya. Harini saya nak menyentuh tentang Skim Cepat Kaya. Dalam post yang lepas saya sudah pun menerangkan tentang skim yang melibatkan samada penipuan ataupun yang melanggar undang-undang kewangan di negara kita malah diserata dunia. Apa yang menyedihkan saya, masih ada skim-skim begini yang tumbuh bagai cendawan dan yang lagi best adalah masih ramai lagi yang dengan relanya menyerahkan bulat-bulat modal atau wang mereka kepada skim-skim ini walaupun umum sudah tahu bahawa skim-skim ini bakal membuatkan modal mereka hilang samada dirompak oleh