Ilmu Bernilai Ratusan Juta - Pasaran Eksport

Ramai orang bertanya kepada saya kenapa saya selalu memfokuskan perniagaan saya mencari peluang-peluang eksport. Tak kurang juga yang memandang sinis kepada saya dengan mengatakan di Malaysia pun tak habis explore lagi dah cari pasaran yang lebih besar. Yang memandang sinis kepada saya tu tak lain tak bukan adalah orang Melayulah. Minta maaf jika saya mengatakan begitu kerana orang yang banyak membantu saya mengintai peluang eksport adalah bangsa lain. Ada juga Melayu tetapi sekerat dua sahaja dan mereka adalah sahabat seperjuangan saya.

KENAPA EKSPORT?

Banyak faktor yang mendorong saya untuk lebih fokus kepada pasaran luar. Memang diakui risikonya sangat besar tetapi peluangnya juga adalah sangat besar. Banyak perniagaan-perniagaan terutamanya dari golongan Cina, mereka sangat berjaya apabila mereka mula mengeksport produk mereka. Contoh-contoh seperti Julie Biscuit, Mamee, Aik Cheong, Sin Sing, Munchy dan banyak lagi produk tempatan yang sangat berjaya diluar sana. Persoalannya kenapa mereka boleh? Jika mereka boleh, kenapa kita tidak?

KELEBIHAN EKSPORT

1. Peluang jualan yang besar.
2. Jual produk hanya pada pembeli yang besar.
3. Transaksi tunai sahaja.
4. Reputasi produk yang baik kerana persepsi pengguna lebih suka produk import.
5. Peluang ber'networking' dengan usahawan-usahawan yang besar.
6. Jaringan rangkaian hingga ke luar negara.
7. Jualan eksport adalah bebas duti kastam. (kecuali cukai LHDN setiap hujung tahun)
8. Produk secara automatik bertaraf antarabangsa kerana mesti mengikut piawaian yang ditetapkan.
9. Peluang menjual produk kepada lebih ramai prospek.

RISIKO EKSPORT

1. Risiko ditipu sangat tinggi.
2. Melibatkan jumlah pelaburan yang agak besar.
3. Mengambil masa untuk 'hook' pembeli kerana kuantiti yang besar.
4. Risiko rugi yang besar jika tak diuruskan dengan betul.
5. Produk ditahan jika tak mengikut standard yang ditetapkan.
6. Undang-undang standard kemasukan ke setiap negara adalah berbeza.

MENGURUSKAN RISIKO

Setiap perniagaan tak kisahlah samada besar atau pun kecil pasti mempunyai risiko. Jika tiada risiko, itu bukanlah perniagaan. Jika kita tak berniaga pun kita berhadapan dengan risiko. Yang membezakannya adalah samada risiko itu besar atau kecil. Tetapi yang pasti, jika kita inginkan sesuatu yang besar, pasti risikonya besar. Apa yang menjadi keutamaan disini adalah bagaimana kita menguruskan risiko tersebut kerana RISIKO TIDAK BOLEH DILENYAPKAN TETAPI RISIKO BOLEH DIKURANGKAN. Bagaimana nak mengurangkan risiko? Sila lihat tips dibawah.

1. Pastikan produk kita mengikut ketetapan piawaian negara yang kita ingin fokuskan.
2. Pastikan kita ada jualan yang konsisten didalam pasaran tempatan. Tak perlu banyak tetapi cukup untuk kita membiayai perbelanjaan meneroka pasaran luar negara.
3. Fahamkan prosedur-prosedur yang melibatkan pihak Kastam Malaysia.
4. Dapatkan maklumat prosedur kemasukan dari Kastam di negara yang menjadi sasaran kita.
5. Fokus kepada satu atau dua sahaja negara yang dirasakan mempunyai peluang terbaik untuk ditembusi sebelum beralih ke negara lain pula.
6. Pastikan perniagaan kita telah mendapat pensijilan-pensijilan standard (Halal, GMP atau MeSTI) untuk menaikkan kualiti produk kita malah ada negara yang mewajibkan pensijilan sebelum memasuki negara mereka.
7. Harga memainkan peranan penting bagi jenama yang masih baru. Pastikan barang kita dijual dengan harga yang murah tetapi dengan jumlah kuantiti yang besar. Ramai usahawan menjual dengan harga yang tinggi sebab nak kaya cepat.
8. Jika pembeli memerlukan anda mengubah apa-apa sahaja termasuklah design atau bahasa diatas pembungkusan anda yang khas untuk negara mereka, pastikan mereka membayar WANG PENDAHULUAN dahulu sebelum anda menjalankan proses pengubahsuaian.

PERINGATAN!

Jika anda tak bersedia dengan apa yang saya senaraikan diatas, jangan berani untuk cuba meneroka pasaran luar kerana ini akan membuang banyak masa dan duit anda. Anda bertuah kerana saya berkongsi ilmu ni secara percuma setelah kami melakukan banyak kesilapan. Ilmu diatas bernilai RATUSAN JUTA. Untuk kami belajar, kami telah melabur banyak WANG, TENAGA dan melakukan banyak KESILAPAN kerana ilmu diatas sangat jarang diajar oleh mereka yang berjaya.

Ilmu diatas adalah ilmu asas sahaja. Anda perlu ikut sahaja. Yang lebih detail, anda akan tahu dari semasa ke semasa.

Diharap post ini bermanfaat.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?