Posts

Showing posts from November, 2016

Skim Cepat Miskin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Ini kerana saya baru sahaja sembuh dari demam. Memang sekarang musim demam agaknya. Ramai yang demam samada mungkin disebabkan cuaca atau berjangkit dari pengidap yang lain. Tak apalah. Allah tidak akan menjadikan penyakit itu suatu malapetaka selain menjadi penghapus dosa kecil bagi kita semua. Yang penting mesti sabar dan istiqamah dalam menghadapi ujian dariNya.
Harini saya nak menyentuh tentang Skim Cepat Kaya. Dalam post yang lepas saya sudah pun menerangkan tentang skim yang melibatkan samada penipuan ataupun yang melanggar undang-undang kewangan di negara kita malah diserata dunia. Apa yang menyedihkan saya, masih ada skim-skim begini yang tumbuh bagai cendawan dan yang lagi best adalah masih ramai lagi yang dengan relanya menyerahkan bulat-bulat modal atau wang mereka kepada skim-skim ini walaupun umum sudah tahu bahawa skim-skim ini bakal membuatkan modal mereka hilang samada dirompak oleh tuan em…

Malaysia dan Nilai RM

Bagaimana nilai matawang berfungsi? Bagaimana nilainya ditentukan? Apakah yang menyebabkan kekukuhan nilai matawang disesebuah negara?

Berbagai persoalan yang sentiasa bermain difikiran kita sebagai pengguna matawang. Sebagai contoh nilai matawang kita sendiri iaitu Ringgit Malaysia (RM) atau dalam bahasa antarabangsanya Malaysian Ringgit (MYR). Jika anda perasan, sejak beberapa tahun yang lepas, Ringgit Malaysia mengalami kejatuhan nilainya berbanding Dollar Amerika (USD). Kenapa hampir semua matawang dunia disandarkan dengan nilai matawang USD? Jawapannya adalah USD adalah matawang tunggal yang diterima oleh semua bank didunia sebagai matawang dagangan. 
Jika anda ingin berniaga dan menjual produk anda ke negara Arab misalnya, anda sangat digalakkan mengeluarkan sebut harga dalam USD kerana kestabilan nilai matawang tersebut. USD diterima pakai hampir kesemua negara didunia. Anda juga boleh mengeluarkan sebut harga mengikut negara yang anda ingin eksport produk anda tetapi ia mungki…

Sumber Gandaan Pendapatan

Apa perbezaannya antara anda dengan jutawan dan apa persamaan antara anda dengan jutawan? Akan ada pelbagai jawapan dari kita. Tetapi dalam konteks soalan diatas adalah menjurus kepada kualiti hidup diantara kita dan jutawan-jutawan yang ada diatas muka bumi ini.

Persamaan antara anda dengan jutawan adalah - kedua-duanya mempunyai akal dan 24 jam sehari.
Perbezaannya pula adalah - bagaimana kita menggunakan kedua-dua persamaan tersebut.

Cuba anda perhatikan betul-betul, mengapa ada orang yang membuat 3 pekerjaan sehari tetapi masih tak kaya juga. Ada yang mempunyai satu pekerjaan sahaja, tetapi walaupun hidup agak selesa, tetap tak kaya juga. Ada juga yang membuat satu pekerjaan sahaja tetapi pendapatannya sebulan seperti pendapatan menteri untuk setahun. Dan ada juga yang seperti langsung tak bekerja tapi pendapatannya sebulan berkali-kali ganda dari gaji tahunan 50 orang kakitangan Petronas.

Inilah perbezaannya. Mengapa boleh wujud jurang pendapatan yang sangat ketara seperti yang d…

Malaysia dan Ekonominya.

Jika dikaji ekonomi Malaysia dan kita bandingkan dengan belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini. Saya tidak melihat apa yang dibentang itu menunjukkan apa yang kita alami sekarang. Ya, mungkin betul KDNK kita bertambah dan dijangka bertambah tahun 2017 tetapi atas faktor apa sebenarnya?

Adakah kuasa membeli bertambah? Tidak. Adakah perniagaan-perniagaan di Malaysia bertambah maju? Tidak. Adakah pendapatan isi rumah bertambah? Tidak. Adakah hasil eksport kita bertambah? Pun tidak. Jadi apa yang berkembang sebenarnya? Malah gaji perkapita di Malaysia pun tak bertambah. Dari mana pihak kerajaan mendapat data pertumbuhan ini?

Jika dilihat dari video perbahasan belanjawan baru-baru ini oleh mantan Menteri Kewangan 2, apa yang pihak kerajaan laporkan adalah betul cuma ia tidak diambil secara menyeluruh. Kerajaan Malaysia cuma mengambil kira pendapatan melalui cukai GST yang dikutip bermula April 2016 yang lepas dan langkah rasionalisasi subsidi yang secara praktikalnya menambahkan pendap…

Idea Pelaburan Hartanah #1

Saya mempunyai idea yang cukup simple untuk anda semua memulakan pelaburan dalam bidang hartanah tetapi ada beberapa syarat yang anda perlu ambil kira dan syarat tersebut ada juga memerlukan anda berkorban sedikit pada peringkat awal. Syarat-syaratnya adalah -
1. Mempunyai kerja tetap. 2. Tak disenarai hitamkan oleh bank. 3. Boleh membuat pinjaman perumahan atau telahpun mempunyai rumah sendiri. 4. Mempunyai disiplin yang tinggi.
APA YANG ANDA PERLU BUAT?
CONTOH 1
Jika anda belum mempunyai rumah dan memenuhi kriteria diatas, anda sudah boleh mencari rumah untuk dibeli. Sebaiknya carilah rumah dikawasan yang padat dengan penduduk, berdekatan dengan kolej atau universiti, kawasan bandar atau berdekatan dengan kawasan pelancongan. Yang penting kena pastikan kawasan itu mempunyai permintaan untuk mendapatkan kediaman.
Bila telah mendapatkan kediaman tersebut, pastikan anda melabur sedikit wang untuk memenuhkan keperluan untuk rumah tersebut seperti dibahagian ruang tamu, dapur, bilik-bili…

Pelaburan Hartanah (Real Estate)

Salam hari Jumaat yang mulia. Marilah kita semua memperbanyakkan amalan kita terutamanya sekali selawat dan bersedekah. Harini saya nak post berkenaan bagaimana nak menjana income dari hartanah.

Hartanah merupakan satu cabang pelaburan yang saya sangat gemari cuma saya bukanlah pelabur hartanah buat masa ini. Ini kerana saya telah melakukan kesilapan sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan coklat saya. Sepatutnya jika saya ingin memasang strategi yang betul, saya perlu bermula dengan menjana pendapatan pasif melalui pelaburan yang selamat dan barulah saya boleh mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

KENAPA?

Sebelum saya berhenti kerja saya merupakan seorang kakitangan Petroleum Nasional Berhad. Pendapatan selesa yang saya perolehi, memberikan saya kelebihan untuk membeli hartanah. Tetapi pada masa itu saya memilih untuk memberi fokus untuk menjana pendapatan melalui perniagaan. Tapi tidak mengapalah asalkan anda tidak melakukan kesilapan yang…

Hak Rakyat Malaysia

Didalam keadaan negara kita yang saya kira sedang mengalami krisis dalaman gara-gara langkah kerajaan merasionalisasikan subsidi di negara kita, masih ada lagi ura-ura beberapa subsidi komoditi penting akan ditarik. Walaupun ia adalah ura-ura tetapi ia cukup untuk menambahkan lagi rasa panik rakyat Malaysia yang telah sedia panik.

Semalam keluar di berita TV3 dan TV9 tentang isu penyeludupan minyak masak 1kg bersubsidi dan gas memasak (LPG) ke Thailand. Dengan kata-kata yang telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri KPDNKK sendiri, jika ia masih berterusan, maka kerajaan mungkin terpaksa menarik balik subsidi komoditi tersebut.

Apakah kegilaan ini? Adakah salah rakyat Malaysia jika barangan itu diseludup? Kata-kata Menteri yang sangat bijak itu seperti menuduh seluruh rakyat Malaysia menyeludup komoditi bersubsidi. Saya tertanya-tanya pada diri saya sendiri, selama saya hidup, pernahkah saya menjalankan aktiviti penyeludupan? Setahu saya tak pernah dan saya tak berminat pun menjalankan p…

Ilmu Bernilai Ratusan Juta - Pasaran Eksport

Ramai orang bertanya kepada saya kenapa saya selalu memfokuskan perniagaan saya mencari peluang-peluang eksport. Tak kurang juga yang memandang sinis kepada saya dengan mengatakan di Malaysia pun tak habis explore lagi dah cari pasaran yang lebih besar. Yang memandang sinis kepada saya tu tak lain tak bukan adalah orang Melayulah. Minta maaf jika saya mengatakan begitu kerana orang yang banyak membantu saya mengintai peluang eksport adalah bangsa lain. Ada juga Melayu tetapi sekerat dua sahaja dan mereka adalah sahabat seperjuangan saya.

KENAPA EKSPORT?

Banyak faktor yang mendorong saya untuk lebih fokus kepada pasaran luar. Memang diakui risikonya sangat besar tetapi peluangnya juga adalah sangat besar. Banyak perniagaan-perniagaan terutamanya dari golongan Cina, mereka sangat berjaya apabila mereka mula mengeksport produk mereka. Contoh-contoh seperti Julie Biscuit, Mamee, Aik Cheong, Sin Sing, Munchy dan banyak lagi produk tempatan yang sangat berjaya diluar sana. Persoalannya kena…

Melayu Kaya Raya

Image
Sejak berdekad lamanya Melayu terkenal sebagai bangsa yang kaya. Banyak fakta menunjukkan Melayu mempunyai kekayaan dalam bentuk wang dan ia amatlah membanggakan saya. Tahap kekayaan Bangsa Melayu hinggakan mereka sanggup ditipu berulang-ulang oleh mereka yang bijak memperdayakan orang-orang kaya ini.



Dengan janji-janji manis dari mereka yang tidak bertanggungjawab, Bangsa Melayu terpedaya dengan SKIM-SKIM CEPAT KAYA dengan mudah sekali. Jika dilihat dari sudut logik akal, tidak ada satu impian pun yang, mudah dicapai. Semuanya memerlukan usaha yang konsisten dan berpanjangan. Malah Islam juga menuntut kita berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan.

KEBERKATAN

Adakah dengan memperolehi pulangan yang tak masuk akal seperti yang dijanjikan oleh semua skim cepat kaya itu HALAL atau BERKAT? Saya tak rasa ianya berkat. Orang yang betul-betul mendalami ilmu perniagaan dan kewangan pasti tahu yang segala pendapatan yang mereka beri sebagai pulangan adalah hasil yang dirompak dari orang …

Pakej Jutawan

Menjadi jutawan merupakan idaman setiap orang yang ada di muka bumi. Manakan tidak, ia ibarat berada di puncak kejayaan. Kita mampu mendapatkan banyak perkara. Bagi yang memandang keduniaan, menjadi jutawan memberi mereka ruang yang lebih luas untuk menikmati segala kenikmatan dunia. Bagi yang beriman, menjadi jutawan bermakna mempunyai kelebihan untuk lebih berbakti kepada yang memerlukan. Pendek kata, menjadi jutawan dapat membawa kita kearah yang kita inginkan samada baik ataupun buruk.

Tetapi untuk menjadi seorang jutawan, setiap individu mesti melalui pakej-pakej istimewa sebelum bergelar jutawan. Pakej-pakej ini meliputi aspek ketahanan mental, fizikal dan kesabaran. Setiap jutawan pasti melalui pakej-pakej ini dan ia bukanlah sebagai pelemah semangat malah pada mereka, ia adalah pakej bagi menguatkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha.

Pakejnya adalah seperti berikut-

1. Kena kejar bank sebab hutang tak bayar
2. Hampir bankrap atau pun bankrap
3. Kawan-kawan lari
4. Dipi…

Siapa Jajah Siapa?

Jom kita imbas kembali secara ringkas sejarah penjajahan di negara kita. Negara kita pernah dijajah oleh 4 negara; Belanda, Portugis, British dan Jepun. Diantara keempat-empat negara tersebut, British adalah yang paling lama sekali. 
Jika 3 negara lain melakukan penjajahan secara kekerasan, berlainan pula dengan British. British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris pada permulaannya lebih kepada perjanjian perdagangan. Meraka lebih gemar menjajah secara rundingan. Secara perlahan-perlahan mereka cuba mengawal raja-raja Melayu. 
Raja-raja Melayu yang pada masa itu tamakkan kemewahan dengan relanya menyerahkan hal ehwal pentadbiran Melayu kepada pegawai-pegawai British yang dilantik oleh Empayar British. Dengan campur tangan inilah maka bangsa Melayu bangkit menentang. 
Penjajahan yang dijalankan secara licik dan kotor ini menunjukkan betapa lemahnya kepimpinan raja-raja Melayu pada masa itu. British, dengan bijaknya dapat mengawal keseluruhan tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat tanp…

Kuasa Ekonomi China

China merupakan negara yang mempunyai penduduk teramai sekali di dunia iaitu seramai 1.4 billion. Walaupun penduduk Islam merupakan komuniti minoriti disana, China merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam teramai sekali iaitu lebih kurang 300 juta orang. Besar kan? Memang sangat besar. Negara yang mengamalkan pemerintahan Komunis ini juga merupakan salah sebuah negara daripada 12 negara majlis keselamatan di PBB dan merupakan salah satu antara 5 negara yang mempunyai kekuatan tentera (military forces) terkuat didunia.

Walaupun begitu, China bukanlah negara yang sangat maju sebelum tahun 90an. Disebabkan pemerintahan junta tentera yang mereka amalkan dan pemerintahan komunis adalah pemerintahan yang tidak diiktiraf diseluruh dunia terutamanya di PBB, China mengambil langkah menjalankan aktiviti ekonominya secara tertutup. Ramai orang tidak tahu kenapa tetapi dengan penduduk yang ramai, China merasakan mereka tidak memerlukan pelanggan dari luar malahan jika berniaga didalam negar…

Usahawan Melayu Bakal Layu

Sejak 10 tahun kebelakangan ini, telah ramai usahawan-usahawan Melayu yang bangkit membina masa depan masing-masing dan meletakkan bidang keusahawanan sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul atas dasar perjuangan membina ekonomi Melayu.

Jika sebelum itu, ramai Melayu yang mengamalkan konsep 'kau adalah kau, aku adalah aku', sekarang telah ramai yang mempunyai konsep yang lebih matang 'kejayaan kau adalah kejayaan aku juga'. Proses kematangan ini adalah sesuatu yang paling membanggakan saya kerana ia menerapkan semangat kerjasama sesama usahawan tanpa mengira siapa pun.

Saya amat bangga kerana saya adalah satu contoh usahawan yang dibantu oleh sahabat usahawan yang lain. Walaupun mereka lebih maju dari saya, mereka tetap membantu saya dan ada diantara mereka yang baru mengenali saya. Memang amat membanggakan. Jika pada peringkat permulaan saya telah dimomokkan bahawa usahawan Melayu adalah usahawan yang pentingkan diri. Ayat yang biasa didengar; 'Melayu ni tak…

Krisis Ekonomi

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga beberapa komoditi penting yang saya kira boleh membuatkan rakyat panik. Manakan tidak, kenaikannya tak berapa lama selepas pembentangan bajet 2017. Kepanikan yang berlaku bukanlah salah rakyat samada dari golongan kaya, sederhana mahupun miskin malah saya pun merasakan tekanan tersebut. Disaat ekonomi Malaysia yang kurang stabil sekarang ditambah dengan penurunan nilai matawang, politik Malaysia yang huru-hara, penyerahan aset-aset strategik Malaysia kepada bangsa asing, matawang yang dah tak laku diluar negara, kadar GST yang dibobrokkan kononnya akan menurunkan harga barang dan langkah rasionalisasi subsidi masakan ada rakyat yang tak merasakan tekanan tersebut? Mustahil.

Apa yang saya nak beritahu disini adalah, didalam keadaan sekarang, tak ada satu perniagaan pun yang akan meningkat maju. Hampir semua perniagaan berada didalam SURVIVING MODE kerana jualan yang jatuh sangat mendadak. Yang jualannya RM100K, turun jadi RM50K. Yang …

Idea-idea Perniagaan

Setiap dari kita inginkan sesuatu dalam hidup. Jika ditanya adakah kekayaan adalah perkara utama yang diinginkan, hampir semua manusia diatas muka bumi ini nak menjadi kaya. Jika anda terjumpa ada seseorang yang menafikan kehendak ini, orang itu adalah hipokrit samada dia sedang menipu diri sendiri atau dia sendiri memang tidak ada keyakinan langsung terhadap dirinya.

Tak kurang juga ramai yang diantara kita mempunyai alasan untuk bertindak dan berusaha mengejar impian masing-masing. Antara alasan yang paling popular yang biasa diajukan kepada saya adalah;

1. Aku memang nak kaya tapi tak tahu nak buat apa.
2. Aku tak ada modal la nak mula berniaga.
3. Kau rasa kalau aku berniaga, boleh ke kita bersaing dengan bangsa xxxx?
4. Tak apa, kau buat dulu. Kalau kau dah berjaya nanti kau ajarlah aku.
5. Aku takut la. Risiko tinggi.

Ayat diatas adalah dalam kategori TOP 5 yang biasa saya dengar. Ia ibarat seperti makan nasi sebab memang terlalu kerap terngiang-ngiang di telinga saya..haha.

Jik…

Mentor Kekayaan dan Kejayaan

Alhamdulillah, sekarang telah ramai lahirnya mentor-mentor yang boleh membantu usahawan-usahawan baru (newbie) didalam negara kita. Mereka lahir bak cendawan tumbuh. Ramai antara mereka yang fokus pada sesuatu kepakaran. Jika nak belajar sistem, ada mentor yang pakar sistem. Nak belajar FBads, ada mentor yang pakar pada skill tersebut dan macam-macam lagi kepakaran yang ada pada berlainan mentor-mentor yang datang dari pelbagai latar belakang.

Apa pula tanggungjawab kita? Adakah kita kena belajar dari semua mentor tersebut? Adakah kita perlu melabur hingga puluhan ribu untuk belajar dengan semua mentor tersebut?

Jika anda tanya pada saya, saya akan katakan tidak semestinya. Kenapa? Dari sudut ini anda perlu tahu tentang keperluan anda bila berniaga. Jika anda tersalah melabur pada ilmu yang tak diperlukan oleh perniagaan anda, anda telahpun melakukan satu pembaziran kerana anda tidak akan menggunakan sepenuhnya.

'Ala bro, ilmu tu penting tau. Guna atau tak, yang penting aku belaja…