Daftar Perniagaan

Assalamualaikum..
Sudah agak berhabuk blog saya ni. Saya minta maaf kepada semua. Tapi saya masih banyak lagi yang saya boleh kongsikan.
Hari ini saya akan berkongsikan secara detail bagaimana untuk mendaftar perniagaan. Bila saya sebut daftar perniagaan, ini bermakna perniagaan dibawah label Enterprise samada Sole Proprietorship ataupun Partnership. Ia bukan syarikat kerana ia tidak dikira sebagai sebuah pertubuhan. Apa yang perlu anda buat adalah -
1. Anda boleh terus pergi mendaftar di SSM yang terdekat.
2. Jika anda mendaftar perniagaan dibawah nama dalam IC anda, caj RM30/setahun akan dikenakan. Anda hanya perlu isi borang A kerana mendaftar menggunakan nama di IC tidak memerlukan anda mendapatkan kelulusan dari SSM.
3. Jika anda mendaftar perniagaan menggunakan nama dagangan seperti; Aminah Enterprise atau Maju Enterprise, cajRM60/setahun akan dikenakan. Anda perlu mengisi borang A dan perlu mengisi borang PNA 42 bagi mendapatkan kelulusan menggunakan nama dagangan tersebut. Pihak SSM akan meminta anda merangka 3 pilihan nama mengikut susunan. Yang paling atas adalah yang utama. Jika tak lulus, mereka akan lihat yang kedua.
4. Jika perniagaan anda telah mempunyai cawangan, caj tambahan sebanyak RM5/setahun bagi setiap cawangan akan dikenakan.
5. Dalam masa 30 minit ke 1 jam berikutnya anda akan diberi salinan sijil menandakan anda telahpun mendaftar perniagaan.
Tahniah!! Anda telahpun mempunyai perniagaan yang sah!!
TIPS BAGI PEMILIHAN NAMA PERNIAGAAN.
Sedikit tips bagi mereka yang baru nak mendaftar perniagaan. Ini agak penting jika anda ingin membawa perniagaan anda ke aras yang lebih tinggi sebaik sahaja anda mendaftarkan perniagaan.
1. Melabur lebih sikit untuk mendaftarkan perniagaan dengan menggunakan nama dagangan. Elakkan mendaftar perniagaan menggunakan nama IC. Extra RM30 sahaja pun.
2. Kebiasaannya orang ramai akan menggunakan perkataan Enterprise dihujung. Elakkan. Dalam akta SSM, jika anda tidak mahu meletakkan Enterprise dihujung nama dagangan, anda perlu menyatakan dengan jelas jenis perniagaan anda. Itu sudah memadai. Contoh; Butterscotch Trading. Ini adalah contoh perniagaan saya yang dibawah label Enterprise tapi bila saya meletakkan perkataan trading, saya tak perlu meletakkan Enterprise dihujung.
3. Anda boleh pilih apa sahaja perkataan yang boleh menceritakan secara general tentang biz anda. Contoh; trading, services, event management, general trading, confectionery, bakery dan banyak lagi.
4. Apa kebaikannya? PERCEIVED VALUE. Sebagai pemilik biz, saya akan mementingkan nilai anggapan dari orang yang mendengar nama biz saya. Saya tak nak mereka nampak perniagaan saya kecil. Bila kita letak Enterprise dihujung, orang akan nampak perniagaan kita biasa-biasa sahaja. Orang tidak akan tahu biz kita kecil atau besar walaupun ia baru sahaja didaftarkan apabila tiada perkataan Enterprise dihujung. Ini penting bagi mereka yang ingin menjalankan strategi B2B dan B2C. Kita nak orang atau biz lain nampak kita besar. Baru la ayat yang keluar dari mulut kita ada nilai. Kita tak perlu menipu pun. Biar mereka yang membuat anggapan.
5. Satu lagi. Jika pada masa hadapan anda ingin menaik taraf perniagaan anda kepada syarikat, nama dagangan yang anda gunakan sekarang wajib digunakan. Jika sekarang nama perniagaan anda adalah Aminah Enterprise. Bila dinaik taraf, ia akan menjadi Aminah Enterprise Sdn Bhd. Tak meyakinkan bukan? Ya, memang nama syarikat boleh diubah tapi bukan masa tu. Kalau tak silap saya selepas setahun atau selepas AGM pertama diadakan. Sila rujuk SSM untuk pengesahan lanjut.
Setakat ini itu sahaja. Nanti saya akan kongsi pula bagaimana ingin menubuhkan syarikat pula ya.
Anda semua boleh juga mengikuti perkongsian saya di FB group => 1001 Start Up Business For Newbie. Disana saya lebih aktif dan ahli juga sudah semakin besar. Tiada paksaan dan semestinya FREE. Itu pun kalau nak la..haha.
Ada yang nak ke? Jika nak, sila klik link dibawah..

Comments

Popular posts from this blog

Skim Cepat Miskin

Selamat datang