Hak Rakyat Malaysia

Didalam keadaan negara kita yang saya kira sedang mengalami krisis dalaman gara-gara langkah kerajaan merasionalisasikan subsidi di negara kita, masih ada lagi ura-ura beberapa subsidi komoditi penting akan ditarik. Walaupun ia adalah ura-ura tetapi ia cukup untuk menambahkan lagi rasa panik rakyat Malaysia yang telah sedia panik.

Semalam keluar di berita TV3 dan TV9 tentang isu penyeludupan minyak masak 1kg bersubsidi dan gas memasak (LPG) ke Thailand. Dengan kata-kata yang telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri KPDNKK sendiri, jika ia masih berterusan, maka kerajaan mungkin terpaksa menarik balik subsidi komoditi tersebut.

Apakah kegilaan ini? Adakah salah rakyat Malaysia jika barangan itu diseludup? Kata-kata Menteri yang sangat bijak itu seperti menuduh seluruh rakyat Malaysia menyeludup komoditi bersubsidi. Saya tertanya-tanya pada diri saya sendiri, selama saya hidup, pernahkah saya menjalankan aktiviti penyeludupan? Setahu saya tak pernah dan saya tak berminat pun menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah. Menyusahkan hidup saya sahaja nanti.

Kenapa setiap kali pihak kerajaan ingin mengambil keputusan yang boleh mencetuskan kontroversi, pasti akan keluar ayat-ayat seolah-olah rakyat yang bersalah dan seluruh rakyat Malaysia mesti menanggung dosa bagi segelintir manusia jahanam yang mengaut keuntungan secara haram? Saya sangat-sangat tak faham.

Sebelum kita membuat apa-apa keputusan yang boleh dianggap tak bijak dan boleh menjatuhkan kredibiliti kita sebagai pemimpin, adalah lebih baik jika dikaji impak dan cara lain bagi menyelesaikan masalah tersebut. Saya boleh berikan cadangan tapi saya risau jika Pak Menteri yang hebat-hebat ni tak nak menerimanya. Ye lah, Menteri kan. Mana boleh kena tegur. Satu parti tak boleh kena tegur. Tak pasal-pasal saya masuk jel pula nanti...haha.

CADANGAN SAYA

Sebelum membuat keputusan bodoh, sila kaji dulu sistem penguatkuasaan kita. Disempadan sana, yang jaganya adalah orang kerajaan juga - Kastam/Imigresen/Polis Hutan. Pastikanlah mereka ini dipantau dahulu. Siapa yang lepaskan penyeludup kalau bukan mereka yang melakukannya. Buatlah serbuan ke atas mereka, lakukan spot check. Masalahnya bila nak datang, habis satu Malaysia kita pukul canang kata Pak Menteri hebat nak turun padang. Memanglah si penyamun ni sempat nak cover apa yang patut.

Jika sistem disempadan masih lemah, tambah lagi pusat kawalan dan rondaan disana. Jika perlu, tambah lagi kekuatan anggota. Aktiviti penyeludupan memang pasti dilakukan oleh kongsi-kongsi gelap. Mereka ini memang modus operandinya adalah menjalankan aktiviti secara haram. Dan yang pasti mereka memang akan 'bela' orang-orang besar yang berkepentingan untuk menjaga peruik nasi mereka. Mereka akan memberikan rasuah dan mana-mana orang-orang besar yang telah menerima walaupun sekali suapan mereka, pasti akan terus menjadi hamba abdi mereka sampai bila-bila. Jika tidak, keluarga mereka pasti dalam bahaya.

Orang-orang besar ini mereka baik sebenarnya tetapi mereka dah terperangkap dengan kebodohan mereka sendiri sebelum itu kerana gelap mata dengan kemewahan. Saya yakin mereka pun sudah tidak mahu terlibat tetapi apakan daya nasi sudah pun menjadi bubur. Saya menyeru kerajaan supaya mencari dan menangkap mereka ini supaya segala aktiviti haram ini terbongkar dan selamatkan orang-orang besar dan keluarga mereka dari dikecam keselamatan mereka oleh penyeludup-penyeludup ini.

Jika Pak Menteri hebat cuba untuk mendengar cadangan saya ini, in shaa Allah, rakyat Malaysia takkan panik lagi, orang-orang besar yang penting ini dapat diselamatkan dan penyeludup-peyeludup jahanam ini dapat ditumpaskan. Secara tak langsung rakyat akan bertambah sayang sebab mempunyai Pak Menteri yang memang hebat. Bukan hanya tahu buat keputusan yang menunjukkan kebodohan sendiri..haha

ATAUPUN

Jika memang Pak Menteri hebat telah pun diberi tanggungjawab sebagai 'kambing hitam golek' untuk mencari apa sahaja alasan supaya subsidi boleh ditarik balik, maka bersedialah untuk menghadapi kebangkitan rakyat Malaysia. Pak Menteri nampaknya seperti sudah kehabisan idea ataupun telah menjadi mangsa keadaan hingga tidak tahu bagaimana ingin menyelesaikan masalah secara berhemah. Jika beginilah keadaannya, berilah kepimpinan kepada sesiapa yang lebih layak kerana saya yakin pasti ada lagi pemimpin yang lebih bijak dan lebih berdiplomasi dalam menyelesaikan masalah tanpa membangkitkan kemarahan rakyat.

Apa yang mampu saya katakan adalah, teruskanlah memerintah dengan rasa ego, takbur dan sombong. Teruskanlah menjadi mereka yang tak boleh ditegur. Teruskanlah meletak orang-orang yang bodoh ditempat yang tak sepatutnya. Teruskanlah mengamalkan pemerintahan kleptokrasi. Teruskanlah mengamal sistem membodek ketua didalam pemerintahan. Teruskan dan teruskan.

Teruskanlah dan lihatlah apa yang bakal terjadi nanti.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk


Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?