Pelaburan Hartanah (Real Estate)

Salam hari Jumaat yang mulia. Marilah kita semua memperbanyakkan amalan kita terutamanya sekali selawat dan bersedekah. Harini saya nak post berkenaan bagaimana nak menjana income dari hartanah.

Hartanah merupakan satu cabang pelaburan yang saya sangat gemari cuma saya bukanlah pelabur hartanah buat masa ini. Ini kerana saya telah melakukan kesilapan sebelum saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan fokus pada perniagaan coklat saya. Sepatutnya jika saya ingin memasang strategi yang betul, saya perlu bermula dengan menjana pendapatan pasif melalui pelaburan yang selamat dan barulah saya boleh mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

KENAPA?

Sebelum saya berhenti kerja saya merupakan seorang kakitangan Petroleum Nasional Berhad. Pendapatan selesa yang saya perolehi, memberikan saya kelebihan untuk membeli hartanah. Tetapi pada masa itu saya memilih untuk memberi fokus untuk menjana pendapatan melalui perniagaan. Tapi tidak mengapalah asalkan anda tidak melakukan kesilapan yang sama, itu dah cukup untuk menggembirakan saya.

Saya menasihatkan agar sesiapa sahaja yang mempunyai impian untuk memulakan sesuatu perniagaan, bermulalah dengan melabur di pelaburan hartanah. Ini kerana hartanah adalah satu-satunya pelaburan yang paling selamat dan dijamin pelaburannya tambahan pula, didalam bidang hartanah, jarang sekali nilainya jatuh (Depreciate). Nilainya sentiasa menaik (Appreciate). Dalam ertikata lain, risiko pelaburan hartanah adalah sangat rendah cuma setiap apa pun yang kita buat samada melabur, berniaga malahan bekerja, kita memang ada rakan kongsi tidur yang digelar - KERAJAAN. Tugas mereka adalah mengutip hasil melalui cukai. Tetapi hartanah adalah milik kita. Ia tidak boleh dipindah milik kecuali jika anda memindahkannya, tak bayar pinjaman ataupun disita oleh kerajaan kerana tak bayar cukai dan kerajaan ada hak untuk berbuat demikian.

"Eh, aku tak ada duit la nak beli rumah banyak-banyak"
"Eh, gila kau nak hutang banyak-banyak"

Diatas adalah ayat biasa yang keluar dari sesiapa sahaja. Jawapan saya adalah, anda sebenarnya tak faham apa itu dan bagaimana nak bermula dengan hartanah walaupun anda tak ada satu sen pun.

Apa yang anda perlukan adalah PEKERJAAN TETAP. Tak kiralah kerja di syarikat swasta atau pun kerajaan tetapi bagi yang bekerja kerajaan, anda ada kelebihan yang lebih banyak berbanding orang yang bekerja swasta.

TUJUAN UTAMA HARTANAH

Mengapa saya sangat-sangat menekan tentang hartanah? Ia amat berkait rapat dengan impian anda jika anda mahukan -

1. Bebas kewangan (financial freedom).
2. Pendapatan tinggi tanpa usaha separuh mati.
3. Mempunyai aset yang bernilai jutaan ringgit walaupun anda masih lagi bekerja dengan gaji RM3000/sebulan
4. Mempunyai pilihan samada mahu teruskan bekerja ataupun berhenti.
5. Tiada tekanan ekonomi.
6. Boleh menyimpan dengan banyaknya.
7. Mula berniaga tanpa sebarang ketakutan jika perniagaan gagal.
8. Hidup selesa.
9. Boleh tambah anak ramai-ramai..haha
10. Boleh tambah isteri oooopppppsss (kalau dibenarkan tau haha)

Kesemua diatas adalah impian ramai orang kecuali yang nombor 10 hanya untuk lelaki sahaja...haha. Tetapi adakah dengan pendapatan kita sekarang kita mampu kecapi impian diatas? Jika gaji kita RM15000 sebulan pun belum tentu kita mampu mengecapinya kerana lebih besar gaji kita lebih banyak kita akan terperangkap dengan hutang yang tak mendatangkan hasil (bad debt).

CONTOH-CONTOHNYA?

Di Malaysia, pelaburan hartanah kebiasaannya adalah seperti berikut -

1. Menyewa rumah
2. Perkhidmatan Homestay
3. Jual beli tanah/rumah
4. Menjalankan franchise (KFC, Petronas, Mc Donald, dll)
5. Memajakkan tanah/bangunan
6. Menyewakan lot-lot komersial (pejabat dan kedai)

diatas adalah contoh-contoh yang terbaik untuk anda mulakan langkah anda jika ingin memulakan pelaburan didalam bidang hartanah. Kesemuanya boleh mendatangkan keuntungan tanpa anda perlu membanting segala tulang yang ada dibadan anda. Tetapi ada juga pelabur yang bijak mengatakan ia adalah aset walaupun hartanah tak mendatangkan apa-apa hasil pun.

ITU SALAH!! Aset adalah apa-apa yang mendatangkan hasil bagi kita. Jika kita beli hartanah dan tak niagakan untuk mendapatkan hasil, itu adalah LIABILITI!! Kerana hartanah itu membocorkan duit yang ada dalam poket anda ini termasuklah rumah yang anda duduki. Walaupun anda telah membayar habis pinjaman dengan bank, anda masih lagi perlu menanggung kos penyelenggaraan, bil elektrik, bil air dan kos menukar perabot.

Sekarang sudah jelas?

Baiklah, saya tak boleh menerangkan kesemua sekali dengan panjang lebar dalam satu post. Saya akan share dengan lebih detail tentang bagaimana kita boleh bermula pelaburan hartanah tanpa menggunakan satu sen pun wang kita.

Teruskan mengikuti post-post dari saya. Anda boleh memilih untuk menekan butang FOLLOW disebelah kiri blog saya supaya anda tidak ketinggalan post saya yang akan datang.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk

Popular posts from this blog

Kuasa Ekonomi China

Usahawan Melayu Bakal Layu

Sumber Gandaan Pendapatan