Melayu Kaya Raya

Sejak berdekad lamanya Melayu terkenal sebagai bangsa yang kaya. Banyak fakta menunjukkan Melayu mempunyai kekayaan dalam bentuk wang dan ia amatlah membanggakan saya. Tahap kekayaan Bangsa Melayu hinggakan mereka sanggup ditipu berulang-ulang oleh mereka yang bijak memperdayakan orang-orang kaya ini.

Gambar berita hari ini


Dengan janji-janji manis dari mereka yang tidak bertanggungjawab, Bangsa Melayu terpedaya dengan SKIM-SKIM CEPAT KAYA dengan mudah sekali. Jika dilihat dari sudut logik akal, tidak ada satu impian pun yang, mudah dicapai. Semuanya memerlukan usaha yang konsisten dan berpanjangan. Malah Islam juga menuntut kita berusaha untuk mencapai apa yang kita inginkan.

KEBERKATAN

Adakah dengan memperolehi pulangan yang tak masuk akal seperti yang dijanjikan oleh semua skim cepat kaya itu HALAL atau BERKAT? Saya tak rasa ianya berkat. Orang yang betul-betul mendalami ilmu perniagaan dan kewangan pasti tahu yang segala pendapatan yang mereka beri sebagai pulangan adalah hasil yang dirompak dari orang lain.

Jika Warren Buffet, pelabur terhebat dunia memperolehi pulangan daripada pelaburannya di saham, forex dan perniagaan sebanyak 30% setahun, ini bermakna semua skim cepat kaya yang ada di Malaysia adalah lebih hebat dari Warren Buffet kerana boleh menawarkan pulangan hingga 200% setahun malah ada yang menawarkan 500% setahun!!

Tidakkah pendapatan seperti itu adalah haram? Sudah la ia dirompak dari pelaburan orang lain, jumlah pulangan juga menunjukkan yang ia adalah melebihi dari yang sepatutnya. Bukankah ia dianggap RIBA'?

Jika dilihat dari sudut perundangan pun ia dah menyalahi undang-undang di bawah akta AMLA (Anti Money Laundry Act) yang diamalkan oleh mana-mana bank di seluruh dunia. Bila dah tau duit kita boleh hilang disebabkan akta ini, kenapa masih lagi berminat menyertai skim penipu ini?

MUDAH DITIPU

Mengapa mudah sangat ditipu? Bila saya bercerita tentang perniagaan dengan kawan-kawan saya dan menyeru mereka supaya mula berniaga, banyak alasan yang saya dengar dan yang paling ketara adalah berkenaan modal. Itu adalah alasan yang paling popular sekali dan saya yakin sesiapa sahaja yang membaca post ini pasti bersetuju dengan saya.

Bangsa Melayu hanya nak yang MUDAH-MUDAH sahaja. Bila mereka beri alasan mereka tak ada modal untuk berniaga, ia tak mendatangkan apa-apa efek pun kepada saya kerana saya tak suka membuang masa menjaga hal orang lain yang tidak mahu dibantu. Jika nak berniaga, in shaa Allah saya boleh bantu sedikit dari segi bagaimana nak bermula. Saya pun tak pandai jadi untuk yang lebih dalam, boleh la belajar dari guru-guru perniagaan yang ada di malaysia dan mereka sanggup membantu mereka yang nak berniaga dengan betul.

Tapi yang menariknya, yang bagi alasan tak ada modal inilah yang paling ramai ditipu dan jumlah kerugiannya pula lebih banyak dari modal yang saya pernah laburkan didalam perniagaan saya sendiri. Sangat pelik dan ajaib. Seorang yang beriya-iya mengatakan beliau tak ada modal secara tiba-tiba mempunyai modal yang besar.

Satu sahaja jawapannya - PINJAMAN.

Mereka sanggup meminjam dari sesiapa sahaja; bank, along atau mana-mana sahaja tanpa mengira risiko yang bakal mereka tanggung adalah jauh lebih besar daripada mana-mana perniagaan yang ada didalam dunia.

TIPS-TIPS

Saya nak kongi sedikit tips bagaimana nak tahu yang skim pelaburan itu skim cepat kaya ataupun skim yang dibenarkan oleh kerajaan. Dalam dunia perniagaan atau pun pelaburan, tolong pastikan setiap apa yang anda laburkan mestilah mengikut peruntukan undang-undang dan dilindungi. Jika tidak, duit anda akan lesap begitu sahaja. Bukan semua duit pelaburan ditipu oleh pemilik skim tetapi ada juga yang dirampas oleh pihak Bank Negara kerana akta AMLA membolehkan mereka untuk merampas kesemua nilai pelaburan dan anda tidak akan dapat satu sen pun wang itu kembali. Walaupun anda boleh mefailkan kes, peluang anda untuk menang adalah sangat tipis.

Tips adalah seperti dibawah -

1. Syarikat yang dibenarkan untuk mengutip wang pelaburan adalah -
    - Bank
    - Koperasi
    - Persatuan
    - SC (BSKL)
    - Syarikat LLP, Sdn Bhd dan Bhd (sebagai pemegang share)
    - CFD (Forex)
    - Unit Trust
    - Amanah saham kerajaan
2. Pulangan yang ditawarkan jangan melebihi 30%-40% setahun
3. Mesti mempunyai lesen dari Bank Negara. Sila abaikan surat sokongan yang lain.
4. Siasat latar belakang pemilik skim
5. Jika syarikat merupakan Enterprise, lari jauh-jauh
6. Jika syarikat LLP, Sdn Bhd dan Bhd, pastikan nama anda dimasukkan kedalam M&A

Jika anda perlukan info dengan lebih detail, sila berhubung dengan Bank Negara Malaysia untuk penerangan yang lebih terperinci dari mereka.

KESIMPULANNYA

Jadilah pelabur yang bijak. Jika anda berniaga mahupun melabur, pastikan anda mempunyai ilmu supaya anda tidak mudah terpedaya dengan sesuatu yang nampak macam betul tetapi salah disebaliknya. Ia akan merugikan anda dan anda telahpun merosakkan mungkin satu-satunya peluang anda untuk berjaya dalam hidup.

Jangan mudah percaya kepada orang lain. Kadang-kadang SYAITAN boleh datang kepada kita dengan memakai serban dan kita kena tahu bagaimana nak kenal mereka kerana ALLAH memberikan kita akal supaya sentiasa berfikir dan belajar.

Moga post ini bermanfaat.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?