Malaysia dan Nilai RM

Bagaimana nilai matawang berfungsi? Bagaimana nilainya ditentukan? Apakah yang menyebabkan kekukuhan nilai matawang disesebuah negara?

Berbagai persoalan yang sentiasa bermain difikiran kita sebagai pengguna matawang. Sebagai contoh nilai matawang kita sendiri iaitu Ringgit Malaysia (RM) atau dalam bahasa antarabangsanya Malaysian Ringgit (MYR). Jika anda perasan, sejak beberapa tahun yang lepas, Ringgit Malaysia mengalami kejatuhan nilainya berbanding Dollar Amerika (USD). Kenapa hampir semua matawang dunia disandarkan dengan nilai matawang USD? Jawapannya adalah USD adalah matawang tunggal yang diterima oleh semua bank didunia sebagai matawang dagangan. 

Jika anda ingin berniaga dan menjual produk anda ke negara Arab misalnya, anda sangat digalakkan mengeluarkan sebut harga dalam USD kerana kestabilan nilai matawang tersebut. USD diterima pakai hampir kesemua negara didunia. Anda juga boleh mengeluarkan sebut harga mengikut negara yang anda ingin eksport produk anda tetapi ia mungkin akan menyebabkan anda kerugian semasa pertukaran matawang tersebut ke RM kerana lain matawang, lain caj semasa pertukaran itu.

Berbalik kepada bagaimana nilai matawang sesebuah negara berfungsi. Ia berfungsi berdasarkan spekulasi. Apa itu spekulasi? Spekulasi adalah sesuatu ramalan atau cakap-cakap berkenaan negara berkenaan yang memberi impak kepada nilai matawang negara tersebut. Ada beberapa spekulasi yang melibatkan sesuatu perkara yang penting yang menunjukkan keadaan sesebuah negara yang akan menentukan nilai matawang negara tersebut samada nilainya naik atau turun.

Perkara-perkara penting yang biasanya menjadi sasaran spekulator adalah, berita tentang bencana alam, kekukuhan ekonomi negara, minat pelabur dari luar, kekukuhan politik negara, tahap pengangguran, kadar inflasi, harga komoditi, kekuatan pelabur dari dalam untuk melabur keluar negara dan kuasa membeli pengguna.

Siapa itu spekulator matawang? Spekulator adalah peramal-peramal matawang yang tugasnya adalah melakukan dagangan matawang. Mereka akan menjalankan spekulasi semata-mata ingin mendapat keuntungan samada membeli atau menjual matawang. Mereka adalah pedagang-pedagang matawang yang sangat kaya dan mampu membeli atau menyimpan sesuatu mata dengan banyaknya. Orang-orang seperti George Soros dan Warren Buffet adalah mereka yang boleh memberi impak kepada nilai sesuatu matawang kerana nilai dagangan mereka keatas matawang tersebut sangat besar.

Tugas mereka adalah meramal kenaikan atau penurunan nilai matawang dengan harapan pendagang-pedagan matawang yang kecil akan terpengaruh dengan ramalan mereka. Spekulasi dari mereka sangat bernilai bagi mana-mana pedagang kecil dan boleh mencetuskan kekacauan didalam pasaran matawang. Didalam kekacauan inilah para pedagang samada yang kecil mahupun besar akan mendapat untung ataupun rugi.

George Soros dan Warren Buffet adalah contoh spekulator yang ada dan spekulator sebenarnya ada ramai sekali didalam dunia ini. Kebanyakannya tertumpu kepada matawang-matawang utama dunia seperti Euro, Pound Sterling, Swiss Franc, USD, Canadian Dollar, Australian Dollar, New Zealand Dollar, Singapore Dollar, Japanese Yen dan Renminbi. Tetapi harus diingat, kebanyakan matawang yang ada didunia ini akan bergantung kepada USD kerana USD adalah matawang dagangan bagi hampir semua matawang diseluruh dunia. 

Dalam ertikata lain, spekulasi yang melibatkan negara Uncle Sam tersebut akan menyebabkan huru-hara kepada semua matawang yang ada didunia ini. Sebagai contoh semasa pemilihan presiden di Amerika baru-baru ini. Spekulator meramalkan Hilary Clinton memenangi pilihanraya tersebut kerana penerimaan orang ramai terhadap menifestasi Hilary Clinton yang dilihat sebagai menifestasi yang mesra dan seterusnya meningkatkan nilai matawang USD. Tetapi apa yang terjadi adalah disebaliknya. Rakyat Amerika dilihat lebih meminati Donald Trump yang dilihat sebagai seorang yang rasis, kejam dan menifestasinya sangat menunjukkan beliau seorang yang membenci Islam. 

Apa yang terjadi pada masa itu? Ya, matawang USD jatuh teruk. Rakyat Amerika melakukan bantahan kemenangan beliau yang dilihat sebagai satu propaganda Yahudi disana. Agak mustahil bagi mereka menerima orang yang kalah dalam kebanyakan debat presiden sebelum itu boleh memenangi pilihanraya. 

Apa pula impak kepada matawang lain? Mana-mana matawang yang diniagakan dengan USD, nilainya naik dengan tingginya manakala negara yang bergantung kepada hasil import negara tersebut seperti Malaysia mengalami kejatuhan nilai matawang dengan agak teruk sekali. Walaupun sekarang matawang sedang meningkat kembali ke posisi asal sebelum pilihanraya tersebut, ia pasti mengambil masa yang agak lama kerana spekulasi berlegar hari-hari. Jika spekulasi tersebut melibatkan politik negara kita, kita bakal mengalami kejatuhan lagi dan nilai tersebut tidak akan melibatkan matawang lain kerana matawang RM bukanlah matawang utama dunia.

Negara Malaysia bukanlah negara pengeksport yang besar. Kita adalah negara yang membangun yang masih bergantung kepada hasil import yang besar. Nilai matawang kita akan bergantung kepada negara-negara yang kita import produknya dalam jumlah yang besar seperti Amerika, Jepun, China dan Singapura. Jika negara-negara tersebut mengalami kejatuhan ekonomi, kejatuhan nilai RM pasti tidak dapat dibendung.

Kita tidak mampu mengawal ekonomi negara lain. Apa langkah yang terbaik bagi kita adalah dengan mengawal keadaan didalam negara kita. Apa yang boleh kita kawal?

1. Kekukuhan politik negara.
2. Hapuskan skandal-skandal yang melibatkan pemimpin negara.
3. Perbanyakkan aktivi eksport dengan membawa seberapa ramai usahawan ke pasaran luar.
4. Jangan terlalu bergantung kepada hasil komoditi; minyak, kelapa sawit dan getah.
5. Perbanyakkan pelaburan ke luar negara menerusi syarikat-syarikat gergasi.
6. Naikkan peluang pekerjaan dengan menambahkan lagi perniagaan-perniagaan yang berdaya maju.
7. Kurangkan kadar pengangguran.
8. Hapuskan defisit fiskal dengan menjalankan pengurusan yang baik (good governance)
9. Hapuskan rasuah, birokrasi dan pembaziran.
10. Naikkan kuasa membeli untuk rakyat.

Sebenarnya banyak lagi yang mampu kita fikirkan untuk menaikkan sesebuah negara supaya kita tidak terkesan dengan apa yang terjadi diluar. Lebih banyak cerita baik yang berlegar diluar negara, lebih tinggi pengaruh kita pada mata dunia. Percayalah, ia memberi impak yang tinggi walaupun ia mengambil masa untuk pulih. Spekulasi ni bergantung kepada spekulator atau orang asing bercerita tentang negara kita atau pemimpin. Jika mereka bercerita perkara yang baik, maka reputasi kita baguslah. Jika mereka bercerita perkara buruk maka buruklah reputasi kita. Sangat simple betul tak? Kita yang mesti menentukan apa cerita yang mereka nak bawa tentang negara kita. Lebih lama kita membiarkan mereka mengumpat perkara yang tak baik tentang kita, lebih jatuhlah nilai matawang kita.

Baru-baru ini kita dikejutkan bila seorang pemimpin pembangkang dipenjara kerana mendedahkan salahlaku pemimpin tertinggi Malaysia (MO1). Berita ini telah dipaparkan dipapan berita di Wall Street. Anda rasa ia tidak memberi impak? Memalukan bila yang mendedahkan dipenjara, yang terang-terang salah laku terus bebas melakukan kerosakan. Suka saya ingin kongsikan apa yang saya sendiri alami semasa trip saya ke Jepun pada hujung bulan September 2016 yang lepas.

1. Matawang kita tak diterima langsung oleh mana-mana penggurup wang disana. Hanya bank sahaja yang menerima matawang RM dan mereka membelinya dengan harga yang sangat murah.Mereka menerima matawang lain termasuklah matawang Rupiah yang nilainya sangat rendah. Pelikkan?

2. Saya berada disana bersama 11 lagi negara ASEAN termasuk India dan Timor Leste. Kebanyakan dari mereka adalah kakitangan kerajaan dan setiap kali bercerita tentang Malaysia meraka pasti bertanya tentang skandal PM dan isteri beliau. Memalukan.

3. Nilai matawang kita sangat rendah hinggakan semua barangan disana dilihat sangat mahal oleh rakyat Malaysia sedangkan bagi peserta dari negara lain, pada mereka harga disana sangat murah walaupun kita tahu matawang Rupee, Rupiah, Dong, dan Peso adalah kecil berbanding matawang RM.

Diatas adalah pengalaman saya sendiri semasa berada disana. Bayangkan jika satu dunia bercerita tentang perkara yang sama iaitu skandal politik negara kita yang sangat memalukan, mana mungkin matawang kita akan naik kembali kerana politik adalah salah satu faktor utama kenaikan atau kejatuhan nilai matawang sesebuah negara. Jangan kita lupa, pengaruh dan nama baik pemimpin tertinggi negara adalah perkara yang paling penting yang menunjukkan pengaruh sesebuah negara. Cuba kita bandingkan semasa Tun Dr Mahathir memerintah Malaysia. Memang ramai yang tak suka kepada beliau tetapi nilai matawang RM kukuh kerana kredibiliti dan pengaruh beliau di Malaysia mahupun diseluruh dunia pada masa itu sangat tinggi.

Sekarang anda semua sudah tahu bagaimana nilai sesuatu matawang dan bagaimana ia berfungsi. Terpulang kepada anda untuk menilai dan bagaimana anda ingin bertindak. Jika anda rasa sangat selesa dengan keadaan sekarang, anda boleh teruskan dengan pendapat anda. Segalanya bermula dari tindakan kita untuk berubah. Jangan harapkan sekeliling kita berubah selagi kita sendiri tidak berubah.

Moga post ini bermanfaat dan membuka minda kita semua kerana semuanya yang berlaku adalah dibawah tanggungjawab kita.

Kongsi post ini jika ia bermanfaat.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk.

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?