Posts

Showing posts from October, 2016

Sifat Utama Jutawan

Saya sentiasa teringat-teringat kata-kata salah seorang sifu saya semasa saya aktif dalam MLM dulu. Walaupun saya dah tak berkecimpung didalam dunia MLM, saya masih simpan lagi ilmu-ilmu yang saya rasakan bermanfaat. Sifu saya ni merupakan seorang jutawan dan antara orang yang mempunyai level tertinggi didalam MLM tersebut. Apa yang dikongsi dengan saya adalah SIFAT UTAMA JUTAWAN. SIFAT UTAMA JUTAWAN Seorang jutawan percaya bahawa tindakan adalah sesuatu yang sangat penting untuk mencapai apa yang diimpikan. Ada banyak lagi sifat-sifat yang ada pada diri jutawan tetapi semuanya bergantung pada satu sifat utama ini - MAKE THING HAPPEN Setiap jutawan mempunyai sifat ini dimana mereka sangat percaya kepada kuasa tindakan. Jika ditanya pada mereka, apa yang lebih penting bila kita nak bermula; Ilmu atau tindakan? Mereka pasti akan menjawab tindakanlah yang paling utama kerana ilmu boleh dicari selepas kita bertindak. Setiap manusia hanya memerlukan ilmu yang sangat minimum untuk

Orang kaya, sederhana dan miskin

Didalam dunia yang serba moden terdapat 3 jenis golongan. 1. Orang kaya 2. Orang sederhana 3. Orang miskin ORANG KAYA 1. Mempunyai aset yang bekerja untuk mereka. 2. Mereka mengawal ekonomi sendiri. 3. Golongan yang dikejar oleh bank untuk diberi pinjaman. 4. Berkemampuan untuk membeli apa sahaja yang diinginkan. 5. Golongan yang paling sedikit bayar cukai. 6. Mewakili 10% populasi sesebuah negara. 7. Berhutang untuk menjana lebih pendapatan. (good debt) ORANG SEDERHANA 1. Golongan yang bergantung hampir sepenuhnya pada gaji bulanan. 2. Pendapatan mereka ditentukan oleh orang lain. 3. Tidak dapat membezakan antara aset dan liabiliti. 4. Golongan yang terbesar didalam sesebuah negara- 70% 5. Pembayar cukai terbesar kepada kerajaan. 6. Sentiasa terperangkap dengan hutang (bad debt) 7. Sentiasa ditekan oleh ekonomi kerana kekurangan wang. ORANG MISKIN 1. Tidak mampu berhutang kerana pendapatan terlalu sedikit. 2. Duit mereka habis untuk perbelanjaan bulanan.

Syarikat YKK AP, Jepun

Image
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya semasa berada di Jepun mengikuti program Jenesys 2016 dengan tema ekonomi. Semasa berada disana selama 9 hari, banyak aktiviti yang telah kami jalankan dibawah kelolaan Kerajaan Jepun dimana hampir kesemuanya bertemakan ekonomi. Bila saya sebut ekonomi bermakna antara aktiviti utama adalah belajar tentang perniagaan-perniagaan yang ada disana menerusi lawatan sambil belajar. SYARIKAT YKK AP Salah satu aktiviti yang paling berharga disana adalah dengan melawat kilang konglomerat antara yang terbesar di sana YKK AP. Saya rasa jika kita sebut jenama YKK pasti ramai dah tahu apa biz utama syarikat ini. Syarikat ini adalah pengeluar ZIP terbesar didunia. Mereka menguasai 90% pasaran zip dunia. Mereka mempunyai 206 kilang di 52 buah negara. Kilang terbesar mereka berada di Georgia, Amerika Syarikat dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 7 juta zip sehari. Tu baru satu kilang. Bayangkan berapa jumlah pengeluaran zip mereka sehari jika dicampu

Kenapa Berniaga/Biz (Sambungan)

Kita adalah apa yang kita fikirkan Secara dalamnya maksud yang saya boleh huraikan disini adalah, setiap perkara yang kita inginkan akan terjadi berdasarkan apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan yang kita boleh, minda kita pasti akan halakan kita kearah yang membolehkan kita capai apa yang kita nak. Jika kita kata kita tak boleh atau sangsi dengan apa yang kita nak, minda kita akan jadi komponen utama yang akan pastikan kita tak boleh capai apa yang kita nak. Setiap sesuatu yang berlaku keatas diri kita adalah bergantung kepada 4 perkara dibawah dan kesemuanya berada didalam diri kita. 1. Apa yang kita fikir 2. Apa yang kita kata 3. Apa yang kita rasa 4. Apa yang kita buat Jika anda lihat dari 4 perkara diatas, apa yang kita fikir berada diatas sekali. Kenapa? Segala sesuatu yang bakal kita cetuskan seterusnya iaitu apa yang kita kata, rasa dan buat bergantung kepada apa yang kita fikirkan dahulu. Jika betul cara kita fikirkan maka seterusnya akan jadi selari. Sebagai

Kenapa Berniaga/Biz

Kenapa kita mesti berniaga? Sebagaimana yang kita tahu, berniaga sangat berpotensi untuk menjadikan kita orang yang kaya dan berjaya. Berniaga juga boleh menjadikan kita papa kedana. Jika kita telah tanam dalam diri kita untuk menjadi kaya, hanya ada satu jalan sahaja - berniaga. Mungkin akan ada yang berkata, 'Eh, melabur saham pun boleh kaya apa'. Ya, saya setuju melabur saham pun boleh kaya tapi setuju tak bila saya katakan setiap saham yang diniagakan adalah saham dari syarikat-syarikat perniagaan? Jadi secara asasnya, perniagaanlah yang menentukan nilai saham tersebut dan hanya perniagaan sahajalah yang mampu menawarkan pelaburan saham. Jika anda tak percaya, cuba masuk ke kaunter bursa saham. Ada tak kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat menawarkan saham? Atau Kementerian Pertahanan menawarkan saham? Kalau ada, saya tabik spring berkali-kali sampai tangan lenguh..haha. Persepsi masyarakat. Ada macam-macam tanggapan orang tentang biz. Ada yang positif dan ada yang n

Selamat datang

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat datang ke blog Faizul's Biz. Disini saya akan berbicara tentang pengalaman saya dalam dunia biz, overview tentang biz melalui pemerhatian saya, tips-tips biz berdasarkan pengalaman saya juga dari sahabat-sahabat seperjuangan saya dan overview tentang ekonomi didalam Malaysia mahupun diluar negara memandangkan saya boleh dikatakan agak kerap menyertai trip-trip biz ke luar negara. Diharap blog saya dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya dan jika anda rasa blog ini bermanfaat, sharelah pada sahabat-sahabat anda yang lain. Teruskan mengikuti atau follow post dari saya. Ada banyak yang saya ingin kongsikan pada mereka yang berminat untuk mengetahui tentang dunia biz. Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan tentang biz, sila tinggalkan komen pada mana-mana post saya yang berkaitan dengan apa yang ingin saya jelaskan. In Shaa Allah saya akan jawab pertanyaan sahabat jika saya tahu dan jika saya tak jelas, say