Idea Pelaburan Hartanah #1

Saya mempunyai idea yang cukup simple untuk anda semua memulakan pelaburan dalam bidang hartanah tetapi ada beberapa syarat yang anda perlu ambil kira dan syarat tersebut ada juga memerlukan anda berkorban sedikit pada peringkat awal. Syarat-syaratnya adalah -

1. Mempunyai kerja tetap.
2. Tak disenarai hitamkan oleh bank.
3. Boleh membuat pinjaman perumahan atau telahpun mempunyai rumah sendiri.
4. Mempunyai disiplin yang tinggi.

APA YANG ANDA PERLU BUAT?

CONTOH 1

Jika anda belum mempunyai rumah dan memenuhi kriteria diatas, anda sudah boleh mencari rumah untuk dibeli. Sebaiknya carilah rumah dikawasan yang padat dengan penduduk, berdekatan dengan kolej atau universiti, kawasan bandar atau berdekatan dengan kawasan pelancongan. Yang penting kena pastikan kawasan itu mempunyai permintaan untuk mendapatkan kediaman.

Bila telah mendapatkan kediaman tersebut, pastikan anda melabur sedikit wang untuk memenuhkan keperluan untuk rumah tersebut seperti dibahagian ruang tamu, dapur, bilik-bilik dan keperluan-keperluan asas rumah tersebut. Tidak perlu melabur terlalu besar atau terlalu banyak untuk memenuhi rumah tersebut. Cukup dengan memasukkan perabot-perabot asas sahaja. Banyak kedai-kedai membekal perabot yang anda boleh dapatkan dengan harga yang sangat murah.

Tujuan kita memasukkan keperluan asas didalam rumah adalah untuk menaikkan nilai sewaannya. Jika dikawasan itu caj sewaan rumah RM450/bulan, dengan keperluan asas yang kita telah masukkan itu terus melonjakkan caj sewaan ke RM800 - RM900. Sebab itulah anda tak perlu melabur dengan jumlah yang besar untuk membeli perabot kerana perabot mahal ataupun murah bukan ukuran untuk menentukan nilai sewaan tetapi apa keperluan yang ada didalam rumah itulah yang menentukan nilai sewaan. Ada 3 terma yang biasa digunakan - Without Furnish, Semi Furnish dan Full Furnish. Without Furnish yang paling murah dan Full Furnish yang paling mahal sekali.

Sasaran anda adalah seperti berikut -

Jika nilai pembayaran balik anda pada bank adalah RM700/bulan selama 30 tahun (kebiasaannya rumah yang bernilai RM180k kalau tak silap saya) maka anda mesti memastikan nilai sewaan adalah melebihi nilai pembayaran balik. Contoh seperti dibawah -

Jika sewaan Full Furnish = RM800
Bayaran balik ke bank = RM700

Untung bersih setiap bulan RM800 - RM700 = RM100

Jika gaji anda sebulan = RM3000

Jumlah sebenar pendapatan anda sebulan adalah RM3000 + RM100 = RM3100

Jika anda mengenakan deposit 3 bulan kepada penyewa, anda telahpun mempunyai duit lebihan RM2400 yang anda boleh simpan untuk dilaburkan pada rumah sewa anda yang kedua samada untuk pembayaran deposit atau untuk membeli perabot.

Ini point penting - Jika anda layak membuat pinjaman RM180K dengan gaji RM3000, ditambah dengan pertambahan pendapatan RM100, bermakna anda layak membeli sebuah lagi rumah dengan harga yang sama. Setuju? Apa yang anda perlu buat adalah buktikan kepada bank yang anda mempunyai pendapatan tambahan. CUMA ANDA MESTI MEMASTIKAN PENDAPATAN ANDA POSITIF BUKAN NEGATIF.

Tetapi ada syarat-syarat yang perlu anda tambah bila ingin menambah pinjaman pembelian. Syaratnya adalah -

1. Pastikan jumlah tanggungan tidak bertambah seperti membuat loan lain.
2. Jika sebelum anda membeli rumah pertama anda mempunyai 60% lebihan dalam slip gaji, pastikan nilai itu sama atau lebihan bertambah samada 65% atau lebih walaupun anda sedang berhutang dengan pihak bank.
3. Pastikan rumah yang disewa mempunyai TENANCY AGREEMENT yang menunjukkan rumah anda merupakan pendapatan tambahan anda. Satu rumah, satu Tenancy Agreement.
4. Pastikan anda mempunyai akaun syarikat ataupun akaun peribadi yang khas untuk mengutip wang sewaan. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda membuktikan kemampuan anda kepada pihak bank.

BAGAIMANA JIKA TELAH MEMPUNYAI RUMAH?

Jika anda betul-betul ingin mengejar impian anda, anda perlu berkorban. Cari rumah sewa yang lain yang anda boleh sewa dengan harga yang murah dan anda tinggal dirumah itu dengan tanpa bermewah-mewah. Cukuplah dengan kelengkapan asas sahaja. Jadikan rumah yang anda telah beli sebagai rumah yang anda sewakan.

Jika anda menyewa rumah lain, ia tidak menurunkan peratusan lebihan pendapatan didalam slip gaji anda. Bank menilai lebihan pendapatan anda melalui slip gaji dan rekod hutang anda dengan bank. Selain dari tu bank takkan tahu termasuklah jika anda menyewa rumah lain sebagai tempat tinggal.

KUNCI UTAMA KEJAYAAN

1. Anda mesti berdisiplin. Jangan mudah rambang mata kerana anda baru bermula dan anda kena pastikan pelaburan anda mengembang.
2. Kawal perbelanjaan anda dengan ketat.
3. Kunci utama pelaburan hartanah adalah LOKASI, LOKASI DAN LOKASI.
4. Pastikan setiap rumah yang disewa mestilah menjadikan pendapatan anda POSITIF atau BERTAMBAH.
5. Setiap rumah anda mesti menyediakan Tenancy Agreement.
6. Pastikan anda mengutip sekurang-kurangnya 3 bulan deposit daripada penyewa dan anda simpan sebagai wang tambahan untuk pembelian rumah lain atau kelengkapan rumah.

Diharap post ini bermanfaat dan memberi anda idea untuk bermula didalam bidang hartanah.

Jika anda telah bermula, TAHNIAH!! ANDA TELAHPUN SETAPAK MENUJU KE JALAN JUTAWAN!! 

Tunggukan post saya yang seterusnya untuk idea #2 pelaburan hartanah.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk

Popular posts from this blog

Kuasa Ekonomi China

Usahawan Melayu Bakal Layu

Sumber Gandaan Pendapatan