Skim Cepat Miskin

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah beberapa hari saya tak update blog ni. Ini kerana saya baru sahaja sembuh dari demam. Memang sekarang musim demam agaknya. Ramai yang demam samada mungkin disebabkan cuaca atau berjangkit dari pengidap yang lain. Tak apalah. Allah tidak akan menjadikan penyakit itu suatu malapetaka selain menjadi penghapus dosa kecil bagi kita semua. Yang penting mesti sabar dan istiqamah dalam menghadapi ujian dariNya.

Harini saya nak menyentuh tentang Skim Cepat Kaya. Dalam post yang lepas saya sudah pun menerangkan tentang skim yang melibatkan samada penipuan ataupun yang melanggar undang-undang kewangan di negara kita malah diserata dunia. Apa yang menyedihkan saya, masih ada skim-skim begini yang tumbuh bagai cendawan dan yang lagi best adalah masih ramai lagi yang dengan relanya menyerahkan bulat-bulat modal atau wang mereka kepada skim-skim ini walaupun umum sudah tahu bahawa skim-skim ini bakal membuatkan modal mereka hilang samada dirompak oleh tuan empunya skim ini atau pun oleh bank negara yang memang menantikan 'duit-duit free' untuk dirampas dan seterusnya menjadi hak bank negara.

Saya sangat pelik kenapa masih ramai yang tidak sedar bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak berusaha mengubah nasib mereka sendiri. Tak ada apa yang senang didalam dunia ini. Untuk berjaya, kita perlu berkorban bermacam perkara untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan. Setiap hasil titik peluh kita memerlukan keberkatan dan ini akan menjadikan sesiapa sahaja yang berusaha pasti akan diangkat oleh Allah hingga setinggi-tinggi darjat. Dan Allah juga boleh menjatuhkan sesiapa sahaja yang lupa dengan kebesarannya dan bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Ada juga yang diuji dengan kesenangan dan mereka yang diuji akan terus leka dengan kenikmatan hinggalah ke akhir hayatnya maka tenggelamlah mereka didalam dosa yang mereka lakukan sendiri.

Adakah skim cepat kaya itu berkat? Jika ia berkat, kenapa selalu sahaja ia menggagalkan ramai pelabur? Jika benar ia mengikut hukum syarak, kenapa tidak ada risiko kerugian semasa dalam pelaburan sedangkan kita tahu setiap perniagaan pasti berdepan dengan risiko. Anda mesti ingat satu perkara; setiap pelaburan mesti dilaburkan didalam perniagaan. Takkan ada satu pelaburan pun didalam dunia ini yang melabur ditempat yang bukan berasaskan perniagaan. 

"Eh, ASB bukan perniagaan pun?"

Siapa kata ASB bukan pelaburan keatas perniagaan. ASB adalah rezab tunai negara yang digunakan bagi menjana keuntungan tanpa meminjam kepada bank negara. Tunai yang dikutip dari rakyat ini dilaburkan ke syarikat-syarikat yang berpotensi tinggi samada syarikat bertaraf Berhad ataupun anak-anak syarikat kerajaan sendiri seperti dalam bidang perhotelan, pertanian, minyak dan hartanah. Dividen yang diagihkan setiap tahun adalah hasil dari keuntungan yang dijana dari perniagaan-perniagaan tersebut.

Jika anda perasan, dividen dan bonus adalah tidak sama dari setahun ke setahun bergantung kepada keadaan ekonomi dan keuntungan bagi tahun semasa. Dan jika anda perasan, ada yang meletakkan fatwa ASB sebagai haram dan ada yang meletakkan fatwa ASB adalah harus. Ini kerana ASB tidak menjamin keuntungan yang tetap setiap tahun tetapi menjamin modal anda selamat walau apa pun yang terjadi. Jaminan keatas modal itulah yang menjadikan fatwa itu menjadi perdebatan.

Ini baru saya isukan tentang ASB. Bagaimana pula dengan skim-skim cepat kaya? Memang terang-terang haram. Jika kita kaji dari sudut perundangan pula, skim cepat kaya memang tidak langsung mengikut undang-undang Malaysia malahan dunia. Dah banyak kes yang melibatkan penipuan iaitu pemiliknya lari bersama modal malahan ada yang duitnya dirampas oleh Bank Negara. Kita kena tahu satu perkara; jika duit kita telah dirampas, walaupun kita tak bersalah dalam hal ini, jangan haraplah kita akan dapat balik duit yang kita telah laburkan. Kesemuanya akan dirampas dan disimpan oleh Bank Negara sampai bila-bila.

Pada masa ini kita pasti akan menyalahkan Bank Negara ibarat mereka telah merompak duit kita sedangkan anda tahu yang anda telah melanggar undang-undang. Memang duit kita dirompak tetapi dirompak dengan cara yang tidak melanggar undang-undang. Anda sukakah duit anda dirompak?

Itu sahaja yang saya nak coretkan hari ini. Terpulang pada diri masing-masing. Jika anda suka dirompak, teruskanlah melabur ke skim pelaburan yang ternyata tak mengikut peraturan. Duit anda bukan duit saya.

Moga post ini bermanfaat.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk 


Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Selamat datang