Kuasa Ekonomi China

China merupakan negara yang mempunyai penduduk teramai sekali di dunia iaitu seramai 1.4 billion. Walaupun penduduk Islam merupakan komuniti minoriti disana, China merupakan negara yang mempunyai penduduk Islam teramai sekali iaitu lebih kurang 300 juta orang. Besar kan? Memang sangat besar. Negara yang mengamalkan pemerintahan Komunis ini juga merupakan salah sebuah negara daripada 12 negara majlis keselamatan di PBB dan merupakan salah satu antara 5 negara yang mempunyai kekuatan tentera (military forces) terkuat didunia.

Walaupun begitu, China bukanlah negara yang sangat maju sebelum tahun 90an. Disebabkan pemerintahan junta tentera yang mereka amalkan dan pemerintahan komunis adalah pemerintahan yang tidak diiktiraf diseluruh dunia terutamanya di PBB, China mengambil langkah menjalankan aktiviti ekonominya secara tertutup. Ramai orang tidak tahu kenapa tetapi dengan penduduk yang ramai, China merasakan mereka tidak memerlukan pelanggan dari luar malahan jika berniaga didalam negara mereka pun, sudah cukup untuk menjadikan mereka kaya-raya.

CHINA MULA MEMBUKA PINTU

Saya pernah menonton satu rancangan realiti dari China. Ia realiti TV dimana anak-anak muda disana telah ditemu ramah dan diberi peluang untuk menyertai satu pertandingan mencari jodoh. Semasa menemuramah seorang daripada bakal peserta, peserta diminta untuk menceritakan rancangan masa depan beliau dimasa akan datang. Apa yang menarik minat saya adalah apabila beliau menyatakan yang beliau sangat meminati bidang perniagaan. beliau merupakan seorang pereka fesyen muda dan sangat teringin untuk menjadi seorang pereka fesyen bertaraf antarabangsa.

Yang membuatkan saya lebih terperanjat dan termangu seketika adalah apabila beliau menyatakan yang impian beliau pasti tidak menjadi kenyataan kerana pada masa itu negara China telah mengambil langkah menyekat rakyat negara mereka menubuhkan lebih banyak perniagaan kerana sudah terlalu ramai yang berniaga. Mereka takut nanti pengeluaran melebihi permintaan dan ini boleh menyebabkan krisis ekonomi jika tidak dibendung. Rancangan TV tersebut adalah rancangan lama dimana pada masa itu China masih lagi belum menjalankan aktiviti ekonomi secara terbuka!

Pelik bukan?

Sebuah negara yang mempunyai rakyat 1/8 dari keseluruhan penduduk dunia menyekat rakyat mereka berniaga kerana telah terlalu ramai peniaga disana. Perniagaan merupakan budaya mereka hinggakan terpaksa disekat oleh kerajaan mereka. Sangat pelik tetapi inilah hakikatnya.

Ini adalah diantara sebab terpencil yang saya tahu secara tak sengaja mengapa China mula mengambil langkah membuka pintu negara mereka dan mula menjalankan aktiviti import dan eksport dengan negara luar.

KEBANGKITAN KUASA EKONOMI CHINA

Pada sekitar tahun 1990an, kerajaan China telah membuka pintu ekonomi mereka. Apa yang terjadi ibarat kambing terlepas kandang. Dengan kekuatan sokongan kewangan dari kerajaan mereka, usahawan-usahawan China melangkah sangat pantas meneroka pasaran luar negara. Mereka juga mempunyai kekuatan dari sudut kos bahan mentah dimana mereka boleh menawarkan harga bahan mentah yang jauh lebih rendah dari mana-mana negara didunia.

Sebenarnya, kos bahan mentah mereka yang murah bukanlah disebabkan mereka mempunyai bahan mentah yang murah tetapi mereka memeras tenaga kerja mereka dengan teruk dan memastikan mutu tenaga kerja mereka berada ditahap yang paling optimum tetapi dibayar dengan kos yang murah. Kejam kan? Sebagai contoh kilang mereka. Mereka akan memastikan setiap inci kilang mereka dipenuhkan dengan barangan, mesin dan tenaga kerja. Mereka akan memastikan mereka boleh mencapai target yang maksima dalam ruangan yang sempit.

Dengan cara begini mereka boleh menurunkan harga kos barangan mereka hingga ketahap yang tak masuk akal. Ramai perniagaan-perniagaan dari luar terutama sekali dari Amerika yang merupakan kuasa ekonomi No 1 didunia kalah dengan harga kos yang datang dari negara China. Ini membuatkan mereka risau dan mereka cuba mangambil langkah-langkah drastik bagi mengekang kebangkitan ekonomi China kerana dalam masa yang sangat pantas, China telah dinobatkan sebagai negara ekonomi No 2 dunia.

Pada masa itulah Amerika dan banyak negara barat mula menjalankan kempen DASAR MEMANDANG KETIMUR. Langkah ini yang kita tahu adalah dengan meluaskan pasaran barangan barat ke pasaran Asia tetapi sebenarnya mereka menjalankan usahasama dengan peniaga-peniaga China bagi menjaga kepentingan jenama-jenama terkemuka mereka di Asia. Ia jika dilihat secara dasarnya adalah seperti sebuah PERANG SARAF dimana negara-negara barat ingin mengekang kemaraan kuasa ekonomi China.

Idea mereka adalah dengan menjalinkan usahasama dengan syarikat-syarikat terpilih dari China bagi mengeluarkan produk-produk jenama mereka untuk pasaran Asia. Secara tak langsung, kemaraan kuasa ekonomi China adalah selari dengan kemaraan ekonomi barat ke Asia. Ini dapat memastikan jenama-jenama dari barat masih lagi relevan untuk pasaran Asia.

Contoh-contoh jenama dari Amerika yang diberi hak kepada syarikat China untuk tujuan pengeluaran dan pemasaran adalah, Levis, iPhone dan banyak lagi yang saya kira tak perlu dinyatakan disini kerana semua jenama ini pasti dikenali oleh semua orang dari pelusuk mana pun.

LANGKAH TERBARU CHINA

Yang terkini adalah China ingin menghidupkan kembali LALUAN SUTERA. Ia merupakan laluan perdagangan yang menghubungkan China, Melaka dan India pada satu masa dulu dizaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu, China dan India merupakan dua negara terkuat didunia yang mempunyai hubungan perdagangan yang sangat kukuh. Pada masa itu juga Melaka merupakan sebuah pelabuhan yang tersibuk dan termaju sekali didunia.

Ideanya adalah dengan membina pelabuhan antarabangsa di kawasan yang dikenali Melaka Gateway di Negeri Melaka. Melaka adalah sebuah negeri pelancongan antara yang terpesat dan paling bersejarah di dunia. Melaka juga telah ditabalkan oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia pada tahun 2008.

Apa bezanya Laluan Sutera dahulu dan sekarang?

Jawapannya dari sudut pandang saya adalah, tak banyak berbeza sangat pun. Cuma ia bakal menjadikan China mencapai kegemilangan seperti dahulu dan ingin menjadi negara ekonomi No 1, didunia mengalahkan Amerika.

Apa faedahnya kepada kita?

Kita bakal menjadi laluan utama perdagangan negara yang sangat kaya - China dan sekutunya. Ini bakal menjadikan kita seperti Singapura yang merupakan negara yang mempunyai pelabuhan antara tersibuk sekali didunia sekarang. Bezanya Singapura adalah laluan utama Amerika dan sekutunya, Melaka pula laluan utama China dan sekutunya. Melaka juga bakal mencapai kegemilangannya seperti di Zaman Kesultanan Melayu Melaka cuma sultannya dah tak ada..haha.

KESILAPAN DIPIHAK KITA

Ya, jalinan usahasama ini sangat memberi manfaat kepada kemajuan negara dan ini juga yang diamalkan oleh Singapura hingga mereka menjadi satu-satunya negara ASEAN yang maju mengalahkan negara ASEAN yang lain padahal mereka merupakan negara yang langsung tidak mempunyai hasil bumi dan komoditi.

Apa yang membimbangkan saya adalah BAGAIMANA IA DIJALINKAN. Sebagai sebuah negara yang kononnya mendukung kedaulatan institusi diraja sepatutnya lebih peka kepada unsur-unsur yang membawa kepada penjajahan. Seperti apa yang kita lihat di kaca TV, Perdana Menteri menjalankan lawatan kerja yang terlalu lama ke China. Dalam masa beberapa hari beliau telahpun menandatangani 14 perjanjian untuk membawa masuk pelabur dari China ke negara kita.

Pelaburan yang seperti pinjaman itu melibatkan nilai melebihi RATUSAN BILLION RM yang saya rasakan ia terlalu bahaya bagi negara yang sedang mengalami krisis ekonomi, kejatuhan nilai matawang, hutang negara yang besar dan paling utamanya URUS TADBIR YANG SANGAT BOROS kerajaan sedia ada.

Apabila kita berada didalam masalah, sebarang perjanjian begini akan dilihat seperti SENGAJA MENGHULUR LEHER SENDIRI. Sedangkan sepatutnya sekarang kita perlu mengambil langkah penjimatan disetiap sudut pengurusan negara. Perjanjian ini akan lebih memihak kepada mereka yang mempunyai kuasa ditangan (wang).

Tempohari saya mengikuti laporan berita di TV3 berkenaan lawatan PM ke China. Beliau ditanya apakah faedah perjanjian ini kepada kita? Beliau menjawab, Malaysia meminta supaya China mengimport lebih banyak minyak kelapa sawit. Kelapa sawit sahaja? Jika itu sahaja, adakah ia adil jika dibandingkan dengan 14 perjanjian yang ditandatangani? Saya menantikan juga jika PM meminta China mengimport lebih banyak produk makanan dari Malaysia tetapi hanya mengimport minyak sawit sahaja yang beliau nyatakan pada masa itu.

BERAT SEBELAH

Jika benar hanya itu sahaja yang diminta, bermakna PM kita telah dikawal oleh konglomerat China. Manakan tidak, kita membawa mereka melabur kenegara kita hinggakan mereka melabur dan membiaya projek-projek aset strategik negara kita. Aset strategik merupakan aset penting negara dan ia dilihat sebagai platform untuk menjaga kedaulatan negara. Aset-aset seperti airport, pelabuhan, janaan tenaga, minyak, empangan, pengangkutan awam dan macam-macam lagi sepatutnya tidak boleh dijadikan gadaian bagi sesebuah perjanjian. Jika kita tak mampu membayar semula pembiayaan, aset ini akan bertukar hak milik seterusnya negara kita dilihat seperti dijajah ekonomi oleh bangsa dari negara lain.

Adakah aset-aset ini akan mengalami nasib yang sama seperti EDRA GLOBAL yang telah di 'bail out' oleh syarikat dari China disebabkan kegagalan 1MDB?
Adakah kita mampu untuk melihat sahaja?

Tepuk dada, tanya iman anda. Terima kasih.

Faizul's Business Talk

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?