Mentor Kekayaan dan Kejayaan

Alhamdulillah, sekarang telah ramai lahirnya mentor-mentor yang boleh membantu usahawan-usahawan baru (newbie) didalam negara kita. Mereka lahir bak cendawan tumbuh. Ramai antara mereka yang fokus pada sesuatu kepakaran. Jika nak belajar sistem, ada mentor yang pakar sistem. Nak belajar FBads, ada mentor yang pakar pada skill tersebut dan macam-macam lagi kepakaran yang ada pada berlainan mentor-mentor yang datang dari pelbagai latar belakang.

Apa pula tanggungjawab kita? Adakah kita kena belajar dari semua mentor tersebut? Adakah kita perlu melabur hingga puluhan ribu untuk belajar dengan semua mentor tersebut?

Jika anda tanya pada saya, saya akan katakan tidak semestinya. Kenapa? Dari sudut ini anda perlu tahu tentang keperluan anda bila berniaga. Jika anda tersalah melabur pada ilmu yang tak diperlukan oleh perniagaan anda, anda telahpun melakukan satu pembaziran kerana anda tidak akan menggunakan sepenuhnya.

'Ala bro, ilmu tu penting tau. Guna atau tak, yang penting aku belajar dan aku berilmu'

Ya, ilmu itu penting tapi jika tak digunakan ia akan menjadi satu pembaziran. Mentor minda saya pernah menyatakan satu fakta bahawa 90% dari apa yang telah kita belajar akan hilang dalam masa 24 jam sebaik sahaja habis sesi pembelajaran. Ubat yang paling mujarab untuk memastikan kita boleh simpan sekurang-kurangnya 60% dari apa yang kita belajar adalah, MEMPRAKTIKKAN ILMU ITU.

Jika kita tak praktikkan dan 90% dari ilmu itu hilang sia-sia, bukankan itu satu pembaziran? Zaman sekarang semua perlu dibayar. Nak cari ilmu dengan cepat, anda perlu bayar. Kalau anda nak belajar pada ilmu yang tertentu secara free, anda boleh menjadikan mana-mana usahawan yang boleh dianggap berpengalaman untuk menjadi mentor tetapi anda akan menjadi salah seorang yang sangat bertuah untuk bertemu mentor yang sanggup mengajar anda secara free lebih-lebih lagi bila mentor tersebut adalah orang yang sangat berjaya dan sangat kaya. Bukan anda sahaja, semua orang nak belajar dengan beliau. Persoalannya, beliau ada masa ke nak mengajar anda?

Jika anda nakkan ilmu seperti yang anda inginkan, anda boleh memilih untuk membayarnya. Tak ada salahnya bagi seorang mentor untuk mengenakan bayaran kerana mereka pun belajar dari orang lain dan pengalaman. Banyak kos yang telah mereka laburkan untuk itu. Jangan jadi seperti orang yang tak sedar diri dengan gemar meminta semuanya free.

Janganlah ada sifat seperti ini kerana ILMU BUKAN UNTUK DISUAP TETAPI ILMU UNTUK DICARI. Kalau semua perkara kita nak free, baik anda duduk rumah goyang kaki sahaja mengharapkan ilmu atau mentor datang memujuk rayu supaya anda dijadikan anak didik. Memang sampai kiamatlah nasib anda akan sama sahaja.

Kesimpulannya, nak jadi kaya dan berjaya memang anda perlukan ilmu tetapi anda perlu bijak untuk memilih ilmu apa yang berkaitan dengan perniagaan atau minat anda. Jangan bazirkan duit kepada ilmu yang anda tak perlukan pada masa itu. Pastikan ilmu yang anda pelajari digunakan semaksima yang mungkin. Fahamilah sedalam-dalamnya keperluan perniagaan anda dan buatlah pilihan yang bijak. Mentor saya pernah mengatakan bahawa, jika anda mempunyai ilmu dan ilmu itu mendatangkan hasil kepada anda, tak semestinya ilmu itu berhasil kepada orang lain.

Moga post ini bermanfaat.

Faizul's Business Talk

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?