Krisis Ekonomi

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga beberapa komoditi penting yang saya kira boleh membuatkan rakyat panik. Manakan tidak, kenaikannya tak berapa lama selepas pembentangan bajet 2017. Kepanikan yang berlaku bukanlah salah rakyat samada dari golongan kaya, sederhana mahupun miskin malah saya pun merasakan tekanan tersebut. Disaat ekonomi Malaysia yang kurang stabil sekarang ditambah dengan penurunan nilai matawang, politik Malaysia yang huru-hara, penyerahan aset-aset strategik Malaysia kepada bangsa asing, matawang yang dah tak laku diluar negara, kadar GST yang dibobrokkan kononnya akan menurunkan harga barang dan langkah rasionalisasi subsidi masakan ada rakyat yang tak merasakan tekanan tersebut? Mustahil.

Apa yang saya nak beritahu disini adalah, didalam keadaan sekarang, tak ada satu perniagaan pun yang akan meningkat maju. Hampir semua perniagaan berada didalam SURVIVING MODE kerana jualan yang jatuh sangat mendadak. Yang jualannya RM100K, turun jadi RM50K. Yang jualannya RM1 juta jatuh ke RM500K.

Saya merupakan seorang usahawan dan hampir semua sahabat saya mengalami masalah yang sama. Ada yang dah hampir gulung tikar disebabkan tidak mampu membayar liabiliti dan hutang. Ada yang sudah mengambil langkah DOWNSIZING kerana jualan sangat sedikit dan mereka tak mampu membayar gaji pekerja. Peluang pekerjaan turun mendadak dan bakal melahirkan lebih ramai penganggur. Adakah ini akan merancakkan ekonomi? Mengapa kerajaan tidak melihat sesuatu perkara dari sudut pandang lain? Adakah dengan langkah-langkah drastik diatas mampu memulihkan ekonomi. Pada pendapat saya yang bukan ahli politik ini pula berbeza. Saya melihat ini sebagai langkah yang gelojoh. Langkah yang diambil seperti ada sesuatu yang besar sedang disorokkan dari pengetahuan umum walaupun umum tahu bahawa apa yang cuba disorokkan itu ibarat menutup bangkai gajah dengan daun pisang.

BIG BUSINESS, SME'S & MICRO

Sedikit fakta tentang dunia perniagaan di Malaysia. Negara kita bukanlah negara yang meletakkan ranking antara yang terbaik didunia malah masih ramai diantara usahawan di Malaysia yang masih merangkak untuk memajukan perniagaan masing-masing.

Didalam dunia perniagaan, terdapat 3 golongan dan ia adalah taraf sesuatu perniagaan; Big Business, SME's dan Mikro. Bagaimana kerajaan menetapkan taraf sesebuah perniagaan? Ia diberi berdasarkan jumlah jualan tahunan.

Big Business - Melebihi RM50 juta setahun.
SME's - RM300K- RM50 juta setahun.
Mikro - RM0 - RM299K setahun.

Ada fakta yang menarik seperti diatas dan fakta ini boleh membuka minda mereka diluar sana dan memberi kesimpulan samada perniagaan di Malaysia ni hebat sangatkah sehingga langkah-langkah kerajaan sekarang ni tak memberi efek negatif terhadap pertumbuhan ekonomi.

Fakta yang dimaksudkan adalah..

Big Business - Mewakili 5%-7% sahaja perniagaan.
Mikro dan SME's - Mewakili 93% - 95% perniagaan di Malaysia.

Setuju tak jika saya katakan penyumbang utama ekonomi negara adalah datang dari perniagaan Mikro dan SME's? Jika kita ambil 30% sahaja dari 95% perniagaan Mikro dan SME's terkesan dengan kedaan sekarang dan jatuh gulung tikar, apa akan jadi pada ekonomi Malaysia? Jika setiap syarikat yang jatuh itu menggajikan pekerja sekurang-kurangnya 3 orang, berapa ramai orang yang dah jadi penganggur? Itu jika 3 orang.  Bagaimana pula SME's yang didalam bidang pengilangan? Mereka mempunyai sekurang-kurangnya 30 orang pekerja. Jika mereka buang 20 orang, apa akan jadi pada nasib mereka?

SEKTOR PENGILANGAN

Saya berani mengatakan sektor inilah yang bakal mendapat kesan paling dasyat dalam hal ini. Kerana apa? Semua kos mengilang dah naik. Duit RM kita semakin jatuh. Harga barang mentah import terus meningkat. Bil utiliti meningkat. Jualan semakin kurang kerana pemborong dan pembekal mengurangkan jumlah tempahan berikutan pengguna mengambil langkah penjimatan akibat kepanikan dan kekurangan wang.

Jika sebelum itu mereka mengeksport produk mereka keluar negara, dengan meningkatnya pelbagai kos diperingkat bahan mentah dan pengilangan, adakah masih ada lagi pemborong dari luar negara yang akan membeli produk mereka? Jika pemborong boleh membeli produk yang lebih kurang sama dari negara lain dengan harga yang lebih murah, perlukah mereka membeli dari pengilang di Malaysia? Secara tak langsung, ia juga memberi kesan yang besar kepada ekonomi kerana pengurangan hasil eksport barangan Malaysia keluar negara.

Satu lagi fakta tentang ekonomi sesebuah negara adalah - Eksport mestilah melebihi import. Jika negara kita bergantung kepada hasil import, kita secara tak langsung sedang membocorkan matawang kita keluar negara dengan banyaknya. Ini tak bagus untuk nilai matawang. Tetapi mengimport juga penting sebagai mengimbang kepada ketidakcukupan bekalan didalam negara cuma kunci utamanya adalah memastikan hasil eksport perlu dan MESTI melebihi hasil import kedalam negara.

KENYATAAN PALING SEDIH

Apa yang paling menyedihkan untuk saya nyatakan disini adalah, usahawan Melayulah yang bakal mengalami kesan paling buruk. Kita bersyukur kerana sejak 10 tahun yang lalu, telah ramai usahawan Melayu yang bangkit dan mampu bersaing dengan usahawan-usahawan Cina. Kesedaran ini telah sedikit sebanyak mampu meningkatkan taraf hidup orang melayu di Malaysia. Tetapi ramai diantara mereka masih baru jika dibandingkan dengan usahawan Cina yang telah lama aktif didalam bidang keusahawanan malah mereka merupakan peneraju utama ekonomi Malaysia sejak zaman sebelum merdeka lagi.

Apakah nasib usahawan-usahawan ini bakal terbela? Usahawan-usahawan ini termasuklah saya yang masih baru dalam bidang keusahawanan. Kami sangat bersemangat untuk membantu kerajaan meningkatkan ekonomi Melayu dan Malaysia amnya. Tetapi dengan apa yang terjadi sekarang, kami bakal bangkit marah dan akan memperjuangkan nasib kami samada melalui politik ataupun dari luar. Adakah ini yang kerajaan inginkan? Perlukah kami menunjukkan rasa marah supaya dapat membuka mata dan minda kerajaan?

Saya tak rasa kerajaan sangat bodoh untuk berfikir. Jika tidak, bagaimana mungkin mereka memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun. Mesti ada sesuatu yang para pemimpin mampu fikirkan bukan hanya membawa lebih banyak orang kaya dari China memonopoli ekonomi Malaysia dan saya yakin para bangsa Cina di Malaysia pun tak suka jika negara kita bakal dijajah ekonominya oleh konglomerat-konglomerat dari China.

Jika ini sahaja yang mampu difikirkan, saya tak mampu nak katakan apa lagi. Serahkanlah tampuk kepimpinan kepada orang lain jika dah tak mampu berfikir seperti pemimpin.
Tindakan yang kerajaan sedang buat sekarang adalah ibarat KERA DIHUTAN DISUSUKAN, ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN.

AKHIR SEKALI

Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, share kepada semua orang supaya terbuka minda kita semua. Saya menyeru kepada semua, bangkitlah. Bukalah mata anda semua. Politik bukan hanya menyokong sesebuah parti dengan hanya membabi-buta. Kita sedang mempertaruhkan masa depan kita kepada orang yang bakal membela kita. Jika mereka dah tak mampu membela kita, kita beri pada orang lain yang lebih baik.

Saya tak rasa ia adalah tindakan yang bodoh kerana sekarang ni pun kita sedang membodohkan diri kita membiarkan masa depan kita dimusnahkan oleh orang yang tak bijak.

Minta maaf jika harini artikel melibatkan politik. Memang saya marah dan terkilan dengan apa yang terjadi sekarang. Saya akan bangkit berjuang. Doakan saya ya sahabat semua.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?