Idea-idea Perniagaan

Setiap dari kita inginkan sesuatu dalam hidup. Jika ditanya adakah kekayaan adalah perkara utama yang diinginkan, hampir semua manusia diatas muka bumi ini nak menjadi kaya. Jika anda terjumpa ada seseorang yang menafikan kehendak ini, orang itu adalah hipokrit samada dia sedang menipu diri sendiri atau dia sendiri memang tidak ada keyakinan langsung terhadap dirinya.

Tak kurang juga ramai yang diantara kita mempunyai alasan untuk bertindak dan berusaha mengejar impian masing-masing. Antara alasan yang paling popular yang biasa diajukan kepada saya adalah;

1. Aku memang nak kaya tapi tak tahu nak buat apa.
2. Aku tak ada modal la nak mula berniaga.
3. Kau rasa kalau aku berniaga, boleh ke kita bersaing dengan bangsa xxxx?
4. Tak apa, kau buat dulu. Kalau kau dah berjaya nanti kau ajarlah aku.
5. Aku takut la. Risiko tinggi.

Ayat diatas adalah dalam kategori TOP 5 yang biasa saya dengar. Ia ibarat seperti makan nasi sebab memang terlalu kerap terngiang-ngiang di telinga saya..haha.

Jika anda juga tergolong dikalangan orang-orang yang sentiasa inginkan sesuatu tetapi bermasalah untuk bermula dimana, jangan risau. Anda hanya perlukan idea sahaja. Pilih sahaja mana-mana idea yang sesuai dengan minat anda, mulakan langkah pertama. Setiap orang bermula dengan langkah pertama tetapi langkah pertamalah yang paling susah untuk dilakukan oleh sesiapa pun. Yang menjadi penghalang adalah alasan. Buang alasan yang ada dan mulakan langkah pertama dengan kos yang rendah supaya risikonya rendah tetapi mampu memberi pulangan dengan cepat.

Berikut adalah idea-idea yang saya rasakan terbaik jika anda ingin bermula.

1. Berniaga online
2. Berniaga gerai
3. Menjadi dropshipper, agent atau stokis jenama lain
4. Membina jenama sendiri
5. Menjadi orang tengah (trader)
6. Mengajar tuisyen
7. Pertanian
8. Menjual kepakaran (IT, programming, application & etc)
9. Menjual perkhidmatan (wiring, plumbing, potong rumput, kemas rumah & etc)
10. Menjual insurans
11. Membeli franchise

Ini adalah idea-idea berdasarkan pengalaman berniaga saya secara peribadi yang saya rasakan terbaik dan berisiko rendah. Jika ada lagi idea yang lebih baik, silakan mencuba. Yang penting idea itu mestilah BERMULA KECIL, RISIKO RENDAH DAN PULANGAN YANG CEPAT.

Di post yang akan datang, saya akan huraikan secara detail satu persatu.

Teruskan mengikuti post saya di Faizul's Business Talk.

Terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?