Siapa Jajah Siapa?

Jom kita imbas kembali secara ringkas sejarah penjajahan di negara kita. Negara kita pernah dijajah oleh 4 negara; Belanda, Portugis, British dan Jepun. Diantara keempat-empat negara tersebut, British adalah yang paling lama sekali. 

Jika 3 negara lain melakukan penjajahan secara kekerasan, berlainan pula dengan British. British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris pada permulaannya lebih kepada perjanjian perdagangan. Meraka lebih gemar menjajah secara rundingan. Secara perlahan-perlahan mereka cuba mengawal raja-raja Melayu. 

Raja-raja Melayu yang pada masa itu tamakkan kemewahan dengan relanya menyerahkan hal ehwal pentadbiran Melayu kepada pegawai-pegawai British yang dilantik oleh Empayar British. Dengan campur tangan inilah maka bangsa Melayu bangkit menentang. 

Penjajahan yang dijalankan secara licik dan kotor ini menunjukkan betapa lemahnya kepimpinan raja-raja Melayu pada masa itu. British, dengan bijaknya dapat mengawal keseluruhan tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat tanpa menumpahkan darah pun. Dengan hanya kebenaran bertulis dari raja-raja Melayu, tanah Melayu dijajah secara total.

Segala undang-undang yang digunapakai oleh tanah Melayu, digantikan dengan undang-undang British. Bangsa Melayu yang ingkar, dihukum oleh penjajah British dan raja-raja Melayu pada ketika itu tidak langsung mempunyai kuasa untuk membantah kerana pada masa itu secara legalnya tanah Melayu telahpun berada dibawah penjajahan Empayar British. 

Yang lebih menyedihkan lagi, Raja Abdullah telah menulis surat meminta bantuan kerajaan British menabalkan baginda sebagai Sultan Perak. Apakah kegilaan masa tu hinggakan nak jadi raja pun nak kena minta British yang menabalkannya?

Bijak kan?

PENGAJARANNYA

1. Setajam-tajam pisau, lebih tajam lagi akal manusia. 
2. Manusia yang bijak adalah manusia yang tahu mengawal manusia lain tanpa kekerasan.
3. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis orang yang kononnya ingin menolong kita. 
4. Selidik dulu, dapatkan pandangan orang lain yang lebih bijak. 
5. Pastikan kita dikelilingi oleh orang yang bijak, bukan pembodek.
6. Bila melibatkan perjanjian, pastikan undang-undang juga menyebelahi kita.
7. Jangan cepat sangat mengambil keputusan sewaktu kita sedang tersepit. Selidik dulu.

* Post ini tidak ada kena-mengena dengan kerajaan Malaysia sekarang. Jika ada, itu adalah secara kebetulan. Memang kebetulan sangaaattttt....hahaha*

Sumber rujukan | https://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu


Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin