Pakej Jutawan

Menjadi jutawan merupakan idaman setiap orang yang ada di muka bumi. Manakan tidak, ia ibarat berada di puncak kejayaan. Kita mampu mendapatkan banyak perkara. Bagi yang memandang keduniaan, menjadi jutawan memberi mereka ruang yang lebih luas untuk menikmati segala kenikmatan dunia. Bagi yang beriman, menjadi jutawan bermakna mempunyai kelebihan untuk lebih berbakti kepada yang memerlukan. Pendek kata, menjadi jutawan dapat membawa kita kearah yang kita inginkan samada baik ataupun buruk.

Tetapi untuk menjadi seorang jutawan, setiap individu mesti melalui pakej-pakej istimewa sebelum bergelar jutawan. Pakej-pakej ini meliputi aspek ketahanan mental, fizikal dan kesabaran. Setiap jutawan pasti melalui pakej-pakej ini dan ia bukanlah sebagai pelemah semangat malah pada mereka, ia adalah pakej bagi menguatkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha.

Pakejnya adalah seperti berikut-

1. Kena kejar bank sebab hutang tak bayar
2. Hampir bankrap atau pun bankrap
3. Kawan-kawan lari
4. Dipinggir keluarga
5. Disindir rakan-rakan usahawan yang lain.
6. Dipandang rendah
7. Tak ramai yang sudi membantu
8. Tak makan sebab tak ada duit
9. Tak boleh tidur malam
10. Kereta kena tarik
11. Duit tak ada
12. Hidup dalam tekanan
13. Hubungan kekeluargaan renggang

Sebenarnya ada banyak lagi cuma yang atas ni adalah yang paling common. Bidang keusahawanan adalah bidang yang sangat mencabar. Tahap kesabaran yang tinggi perlu ada dalam diri masing-masing. Ada juga diantara usahawan yang berjaya dalam masa yang singkat. Ini disebabkan oleh apa yang diusahakan dibuat dengan betul atau belajar dari usahawan lain yang lebih berpengalaman.

Belajar dari orang berpengalaman dapat memendekkan masa kita untuk mencapai kejayaan tanpa perlu melalui kesukaran yang dihadapi oleh usahawan sebelum kita. Sungguh pun begitu, belum tentu apa yang tidak dilalui oleh usahawan sebelum kita, kita takkan lalui. Cabaran usahawan masing-masing adalah tidak akan sama kesemuanya. Apabila kita menghadapi cabaran yang usahawan lain tak melaluinya, inilah pengalaman yang paling berharga bila kita mampu menghadapi yang menyelesaikannya dengan tabah.

Saya seorang usahawan. Walau bagaimana susah sekali pun saya tetap akan redah dan akan pastikan kejayaan adalah milik saya.

Anda berani? Tanya diri anda sendiri.

Terima kasih.

Faizul's Business Talk

Popular posts from this blog

Kuasa Ekonomi China

Usahawan Melayu Bakal Layu

Sifat Utama Jutawan