Posts

Showing posts from March, 2017

Fakta Rolex

Tahukah anda Rolex adalah sebuah syarikat di mana 90% operasinya dijalankan oleh sebuah badan kebajikan. Sebahagian besar keuntungan syarikat tersebut didermakan kepada rumah-rumah anak yatim. Siapa sini yang tak tahu Rolex? Rolex adalah jenama jam paling mahal sekali di dunia. Syarikat ini berasal dari Switzerland, negara yang terkenal dengan jenama jam-jam terkemuka. Kalau di Eropah, setiap galeri Rolex akan dikawal dengan ketat oleh pasukan keselamatan seperti kedai-kedai menjual barang kemas. Wow!! Kalau dapat satu pun jadi la kan. Jom ikuti lebih banyak perkongsian di FB Group 1001 Start Up Biz For  Newbie. Klik link dibawah. https://www.facebook.com/groups/625504657649462/

Daftar Perniagaan

Assalamualaikum.. Sudah agak berhabuk blog saya ni. Saya minta maaf kepada semua. Tapi saya masih banyak lagi yang saya boleh kongsikan. Hari ini saya akan berkongsikan secara detail bagaimana untuk mendaftar perniagaan. Bila saya sebut daftar perniagaan, ini bermakna perniagaan dibawah label Enterprise samada Sole Proprietorship ataupun Partnership. Ia bukan syarikat kerana ia tidak dikira sebagai sebuah pertubuhan. Apa yang perlu anda buat adalah - 1. Anda boleh terus pergi mendaftar di SSM yang terdekat. 2. Jika anda mendaftar perniagaan dibawah nama dalam IC anda, caj RM30/setahun akan dikenakan. Anda hanya perlu isi borang A kerana mendaftar menggunakan nama di IC tidak memerlukan anda mendapatkan kelulusan dari SSM. 3. Jika anda mendaftar perniagaan menggunakan nama dagangan seperti; Aminah Enterprise atau Maju Enterprise, cajRM60/setahun akan dikenakan. Anda perlu mengisi borang A dan perlu mengisi borang PNA 42 bagi mendapatkan kelulusan menggunakan nama dagangan ter