Tip Biz untuk Newbie

Saya ingin berkongsi tips untuk mereka yang baru berjinak untuk berniaga. Ini rentetan dari soalan yang saya terima dari group FB 1001 Start Up Business For Newbie di FB.
.
1. Jika anda ingin mempunyai perniagaan sendiri, ada mestilah mempunyai perniagaan yang didaftarkan bukan mempunyai produk sendiri. Produk dan biz adalah dua benda yang berbeza.
.
2. Jika anda adalah DS, agen atau stokis sesuatu produk, anda boleh daftarkan perniagaan anda dan owner produk akan berurusan dengan biz anda, bukan diri anda.
Contoh; Nor adalah agen produk X, Nor daftarkan syarikat Nor, Nor Entreprise sebagai agen produk tersebut secara tak langsung owner produk X supply produk kepada Nor Enterprise, bukan kepada Nor walaupun yang menjual produk itu adalah Nor sendiri.
Jika ada syarikat/owner produk yang melarang ahli mempunyai biz sendiri, anda tinggalkan syarikat itu sebab syarikat itu tak mahu anda berkembang sebagai usahawan melainkan jadi kuli kepada syarikat mereka.
.
3. Belajar membuat jualan produk orang lain dahulu dan kumpul modal melalui keuntungan kerana untuk mempunyai produk sendiri, cabarannya berbeza dan risikonya sangat tinggi ditambah dengan modal yang agak besar. Jual produk orang lain boleh meminimumkan pengeluaran modal pada peringkat awal dan juga meminimumkan risiko. Malah, ada juga syarikat yang menawarkan peluang biz tanpa modal.
.
4. Cari ilmu sebanyak yang mungkin. Jika ada ilmu yang free seperti Group ini, gunakan dan manfaatkan sebaik mungkin. Kebiasaannya ramai yang tak menghargai ilmu yang free, percayalah. Niat kami hanya berkongsi :-)
.
5. Jangan buat biz sekadar cukup sahaja. Mulakan dengan kecil dan kembangkan hingga besar. Jika nak buat biz sekadar cukup, saya nasihatkan berhenti membuang masa kerana anda pentingkan diri sendiri. Biz bukan untuk diri sendiri tetapi untuk mengubah lanskap dunia menjadi tempat yang lebih baik.
.
6. Tambah network anda. Rajin-rajin bercampur dengan orang lain. Berkawan dahulu. Saya perhatikan ramai yang GILA MENGIKLAN di media sosial. Malah, masih ada yang menghantar post mengiklan walaupun kami dah melarang untuk post iklan disini melainkan jika kami memberi ruang seperti post soalan semalam yang meminta pertolongan dari sahabat dalam ni.
Kawanlah dahulu. Jangan gila sangat nak mengiklan. Sebab tu like kita tak banyak sebab kita masih tak faham apa tu networking. Otak kita duk sibuk nak kejar duit. Bila post kita krik krik, kita down. Dah nak buat macam mana. Diri sendiri yang gelojoh.
.
7. Tak ada istilah Zero Cost Marketing pada saya. Setiap marketing pasti ada cost walaupun sedikit. Jika anda kata post di FB personal adalah zero cost, anda masih perlu membayar top up atau bil internet setiap bulan. Tak ada la zero sangat kan?
.
8. Berhati-hati apabila melabur untuk ilmu. Ketahui apa yang kita nak dan perlukan. Jangan bila kita nampak sorang sifu offer je, terus nak ikut. Akhirnya ilmu tu tak digunakan pun. Membazir sahaja.


Jom ikuti lebih banyak perkongsian di group kami. Sila tekan link dibawah untuk menyertai. Jangan risau. 100% free. Nak ke? Klik link dibawah.


Terima kasih 

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Selamat datang