GST

Sebagaimana yang kita tahu GST adalah Good & Service Tax yang digunapakai oleh kebanyakan negara pada masakini. Yang membezakannya adalah kadar peratus yang dikenakan. Di Malaysia kerajaan caj kita 6% dalam setiap belian barang yang kita beli. Tetapi di Malaysia masih ada juga barangan yang tidak dikenakan GST terutamanya melibatkan keperluan asas.


APA YANG KITA PERLU TAHU TENTANG GST?

1. GST adalah cukai yang menggantikan SST (10% sales tax % 5% service tax).
2. Dahulu SST tidak mandatori untuk memaparkan cukai yang kita kenakan kecuali service tax yang wajib kita pamerkan di atas resit. Ini kerana dulu SST tak boleh claim. Jadi sebelum ni anda memang dah menanggung 10% tanpa anda sedar.
3. Perniagaan yang wajib mendaftar GST adalah mereka yang mempunyai jualan melebihi RM500k setahun.
4. Jika anda tak berdaftar, anda boleh didenda RM50k.
5. Hanya aktiviti eksport sahaja bebas dari GST. Jika aktiviti import dan pasaran domestik, anda tak boleh lari dari GST. Walaupun eksport adalah bebas GST, anda mesti juga berdaftar didalam sistem GST.
6. Untuk membayar GST, peniaga diwajibkan menghantar penyata akaun yang dijana dari sistem GST ke kastam dan penyata ini anda boleh pilih sendiri samada ingin mengupah akauntan ataupun melakukannya sendiri jika anda tahu cara menggunakan sistem tersebut. Jika anda gunakan akauntan, anda mesti bayar upah mereka untuk mengeluarkan penyata tersebut.
7. Sistem tersebut perlu dibeli oleh peniaga dengan harga RM3500. Ini harga lama. Harga baru saya tak pasti.
8. Penghantaran penyata adalah bergantung kepada saiz syarikat. Jika syarikat besar, wajib menghantar sebulan sekali. Syarikat sederhana besar 2 bulan sekali manakala syarikat kecil 3 bulan sekali.
9. Jika anda telah berada didalam sistem GST dan tiba-tiba syarikat anda mengalami masalah dan jualan jatuh bawah dari RM500k, anda tidak boleh keluar dari sistem. Anda perlu buat rayuan, terus menghantar penyata dan membayar caj akauntan. Selepas 2 tahun dari rayuan tersebut baru pihak kastam akan menimbang untuk anda keluar dari sistem GST. Jika anda tak hantar penyata, mereka tak kisah jika anda tak mampu nak hantar. Mereka tetap akan denda anda dan sekat anda keluar dari negara. Bermakna anda akan terus menanggung rugi selama 2 tahun sehinggalah mereka benarkan anda keluar. Itupun jika mereka benarkan. Silap-silap biz anda dah terlungkup masa tu..hahaha.
10. Jika peniaga mengenakan GST, wajib bagi mereka mengeluarkan resit yang menunjukkan nombor pendaftaran GST mereka. Jika tidak ada, pengguna boleh melaporkan perkara tersebut kepada pihak kastam.
11. Nombor yang dipaparkan mestilah printed. Tidak boleh cop atau ditulis dengan tangan. (satu lagi kos nak kena tanggung).
12. GST digunakan oleh hampir 3/4 negara seluruh dunia. Jika anda tukar kerajaan pun, jangan confident sangat GST akan dimansuhkan. Berkemungkinan besar, dikurangkan sahaja.


KESIMPULANNYA

1. GST adalah sangat kejam ke atas peniaga. Jika anda rasa syarikat yang mengenakan GST itu kejam, anda baca list di atas untuk lihat siapa yang teruk ditekan.
2. Jika anda rasa LHDN sangat kejam, anda berurusan dengan kastam dan anda akan tahu siapa lebih kejam. Kastam adalah mengutip cukai dari peniagaan bagi pihak LHDN.
3. Jika jualan belum melepasi RM500k, jangan gatal-gatal pergi daftar secara sukarela kerana ramai yang berdaftar secara sukarela dahulu telahpun dalam keadaan tenat sekarang ni.



Setakat ini itu sahaja. Ada satu lagi entry berkenaan GST. Nanti saya akan post lagi. Saya nak elakkan entry terlalu panjang.


Jika ada pertanyaan, sila tinggalkan di ruangan komen.

Terima kasih.


Jom ikuti perkongsian yang lebih banyak di FB Group 1001 Start Up Business For Newbie. Tidak ada paksaan dan semestinya PERCUMA. Nak ke? Jika nak, sila klik link dibawah..

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Selamat datang