Sifat Utama Jutawan

Saya sentiasa teringat-teringat kata-kata salah seorang sifu saya semasa saya aktif dalam MLM dulu. Walaupun saya dah tak berkecimpung didalam dunia MLM, saya masih simpan lagi ilmu-ilmu yang saya rasakan bermanfaat. Sifu saya ni merupakan seorang jutawan dan antara orang yang mempunyai level tertinggi didalam MLM tersebut. Apa yang dikongsi dengan saya adalah SIFAT UTAMA JUTAWAN.

SIFAT UTAMA JUTAWAN

Seorang jutawan percaya bahawa tindakan adalah sesuatu yang sangat penting untuk mencapai apa yang diimpikan. Ada banyak lagi sifat-sifat yang ada pada diri jutawan tetapi semuanya bergantung pada satu sifat utama ini -


MAKE THING HAPPEN

Setiap jutawan mempunyai sifat ini dimana mereka sangat percaya kepada kuasa tindakan. Jika ditanya pada mereka, apa yang lebih penting bila kita nak bermula; Ilmu atau tindakan? Mereka pasti akan menjawab tindakanlah yang paling utama kerana ilmu boleh dicari selepas kita bertindak. Setiap manusia hanya memerlukan ilmu yang sangat minimum untuk memulakan sesuatu dan meningkatkan tahap pengetahuan mereka dari semasa ke semasa samada belajar dari pengalaman atau mencari mentor bagi memimpin mereka kearah yang mereka ingin tujui.

Apa yang penting kita kena tahu adalah - HANYA TINDAKAN YANG AKAN MENGHASILKAN RESULT. Jika kita sibuk nak belajar dahulu sampai kita betul-betul sedia untuk bermula, ilmu itu sendiri yang akan membuatkan kita takut untuk bermula kerana lebih tinggi ilmu seseorang, lebih banyak potensi risiko yang kita akan nampak dan ini akan membantutkan keinginan kita untuk bertindak. Maka sampai bila-bilalah kita tak akan sedia.

Diharap bermanfaat untuk semua.

Faizul's Business Talk

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?