Kenapa Berniaga/Biz

Kenapa kita mesti berniaga?

Sebagaimana yang kita tahu, berniaga sangat berpotensi untuk menjadikan kita orang yang kaya dan berjaya. Berniaga juga boleh menjadikan kita papa kedana. Jika kita telah tanam dalam diri kita untuk menjadi kaya, hanya ada satu jalan sahaja - berniaga. Mungkin akan ada yang berkata, 'Eh, melabur saham pun boleh kaya apa'. Ya, saya setuju melabur saham pun boleh kaya tapi setuju tak bila saya katakan setiap saham yang diniagakan adalah saham dari syarikat-syarikat perniagaan?

Jadi secara asasnya, perniagaanlah yang menentukan nilai saham tersebut dan hanya perniagaan sahajalah yang mampu menawarkan pelaburan saham. Jika anda tak percaya, cuba masuk ke kaunter bursa saham. Ada tak kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat menawarkan saham? Atau Kementerian Pertahanan menawarkan saham? Kalau ada, saya tabik spring berkali-kali sampai tangan lenguh..haha.

Persepsi masyarakat.

Ada macam-macam tanggapan orang tentang biz. Ada yang positif dan ada yang negatif. Jika dari sudut positif, ada yang nak mengikut sunnah, ada yang nak membantu orang, ada yang nak menambah nilai dalam hidup sendiri dan keluarga dan macam-macam lagi. Manakala jika dari sudut negatif pula ada yang kata kalau berniaga nanti boleh jadi tamak, jadi kedekut, jadi lupa diri dan macam-macam lagi tanggapan yang negatif. Tapi apakah benar? Ya, tak kira negatif atau pun positif, semuanya wujud dan ianya benar. Kenapa jadi begitu?

Kita adalah apa yang kita fikirkan

Anda semua pernah baca atau dengar ungkapan diatas kan? Pernah terfikir tak apa maksud sebenar ungkapan diatas? Saya rasa kalau ditanya pada budak sekolah menengah pun In Shaa Allah mereka faham tapi saya pasti ramai yang tak betul-betul mendalami maksud ayat tersebut.

Saya akan sambung topik diatas pada post yang akan datang. Saya akan ulas ungkapan diatas dengan lebih mendalam. Diharap post ini memberi manfaat kepada anda semua.

Bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?