Kenapa Berniaga/Biz (Sambungan)

Kita adalah apa yang kita fikirkan

Secara dalamnya maksud yang saya boleh huraikan disini adalah, setiap perkara yang kita inginkan akan terjadi berdasarkan apa yang kita fikirkan. Jika kita fikirkan yang kita boleh, minda kita pasti akan halakan kita kearah yang membolehkan kita capai apa yang kita nak. Jika kita kata kita tak boleh atau sangsi dengan apa yang kita nak, minda kita akan jadi komponen utama yang akan pastikan kita tak boleh capai apa yang kita nak.

Setiap sesuatu yang berlaku keatas diri kita adalah bergantung kepada 4 perkara dibawah dan kesemuanya berada didalam diri kita.

1. Apa yang kita fikir
2. Apa yang kita kata
3. Apa yang kita rasa
4. Apa yang kita buat

Jika anda lihat dari 4 perkara diatas, apa yang kita fikir berada diatas sekali. Kenapa? Segala sesuatu yang bakal kita cetuskan seterusnya iaitu apa yang kita kata, rasa dan buat bergantung kepada apa yang kita fikirkan dahulu. Jika betul cara kita fikirkan maka seterusnya akan jadi selari. Sebagai contoh jika kita nak jadi usahawan berjaya. Kita akan mula kata pada diri kita, 'Aku adalah seorang usahawan'. Secara tak langsung deria rasa kita atau feeling kita akan membayangkan kita menjadi kaya, berjaya, rumah besar, boleh bantu ramai orang dan sebagainya. Ini jika kita berada disudut positif. Jika disudut negatif deria rasa atau feeling kita akan membayang kan kita seorang yang ego, tamak, kedekut, pentingkan diri sendiri dan berbagai feeling yang sememangnya ada pada sesetengah orang yang kaya dan berjaya dan kita tak boleh menafikan perkara itu.

Seterusnya kita akan bertindak mengikut apa feeling kita tadi. Jika kita berfikir kekayaan kearah yang negatif, kita akan lakukan perkara yang positif bagi mencapai hasrat untuk menjadi usahawan berjaya. Begitulah sebaliknya jika kita berfikir kekayaan dari sudut negatif.

PERKARA UTAMA

Point penting yang saya nak tekankan disini adalah, pastikan jika kita nak memulakan langkah untuk berniaga atau biz, kita MESTI selarikan 4 perkara diatas dahulu. Jika 4 perkara diatas tak betul maka result akan jadi tak betul. Jika kita menjurus kearah positif mahupun negatif, kita masih boleh mencapai apa yang kita nak cuma nilai pada diri seseorang pasti berbeza tetapi jika keempat-empat tidak selari sebagai contoh; kita fikir nak jadi kaya, kita kata pada diri kita, ' Aku mesti kaya', kita dapat rasakan setiap kenikmatan yang ada bila kita jadi kaya tetapi kita tak buat pun atau bertindak kearah apa yang kita fikir, kata dan rasa. Adakah kita akan capai apa yang yang kita hendak? Jawapannya ada pada diri anda sendiri.

Setiap perjalanan hidup kita bergantung pada setiap tindakan kita dan ia bermula dari dalam. Bangunan KLCC tak akan berdiri dengan megah hari ini jika ia tak datang dari idea seseorang. Ia tak akan berdiri dengan sendirinya kerana berdiri dengan sendiri adalah sifat Allah S.W.T sahaja.

ALLAH ADALAH MASTER CREATOR, MANUSIA ADALAH CO-CREATOR.

Bila kita berniaga secara tak langsung kita adalah CO-CREATOR. Kita cipta masa depan kita sendiri. Kita tak bergantung pada nasib. Kita usaha kearah yang kita inginkan. Kita tak bergantung pada apa yang orang lain katakan tentang kita. Kita membantu ekonomi negara dengan memberi peluang pekerjaan pada orang lain. Kita cipta sesuatu yang menjadikan dunia tempat yang lebih baik. Kita yang tentukan berapa pendapatan kita. Kita buat sesuatu tanpa dikongkong oleh sesiapa kecuali mengikut hukum yang telah disyariatkan oleh agama. Kita adalah CO-CREATOR.

Berniaga adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan ia adalah sunnah yang terbesar dan yang sangat dituntut oleh agama. Kekuatan sesuatu bangsa atau negara bukannya bergantung kepada berapa berkuasanya kerajaan yang memimpin negara tetapi bergantung kepada berapa kuatnya ekonomi negara tersebut dan berniagalah satu-satunya cara untuk meningkatkan kekuatan sesebuah negara.

Yang menjadi permasalahan sekarang adalah, bangsa yang beragama Islam sendiri yang merupakan bangsa yang tak mendukung sunnah Rasulullah S.A.W. Memang tak dinafikan sekarang sudah ramai yang mempunyai kesedaran terutamanya bangsa Melayu. Bila kita sebut bangsa Melayu, mesti tak boleh lari dari agama Islam sebab Islamlah agama rasmi bangsa Melayu. Walaupun kita dah ketinggalan jauh namun jika kita tak bertindak, kita akan lebih jauh ketinggalan. Jika kita bertindak, sekurang-kurangnya ada diantara kita yang akan berjaya mencapai puncak tertinggi. Yang pasti, mana-mana bangsa pun, walaupun mereka sangat hebat berniaga, tak semua yang berada betul-betul dipuncak kejayaan. Setuju?

MAN JADDA WA JADA

Saya bukanlah seorang ustaz. Saya juga bukanlah seorang aktivis yang memberi kesedaran kepada bangsa. Saya hanyalah seorang usahawan yang sentiasa mendukung ideologi keusahawan berlandaskan agama. Saya rasa ia merupakan satu tanggungjawab bagi membela nasib semua orang yang berada disekeliling saya. Saya bukanlah seorang yang rasis yang asyik nak memperjuangkan bangsa. Saya bukanlah ahli politik yang tak habis-habis membuang masa mempertahankan kuasa.

Yang saya faham cuma berniaga ni adalah tanggungjawab. Tanggungjawab pada agama, keluarga, negara dan bangsa. Daripada saya membuang masa menjadi seperti 'anjing menyalak bukit', lebih baik saya bertindak dan menentukan masa depan saya sendiri supaya orang sekeliling saya akan mendapat manfaat dari usaha saya. kerana Allah takkan mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan mereka berusaha mengubah nasib mereka sendiri.

HIDUPKU BUKAN UNTUK DIRIKU TAPI UNTUK KEBAIKAN ORANG YANG ADA DISEKELILINGKU 

Wallahu'alam

Comments

Popular posts from this blog

Daftar Perniagaan

Skim Cepat Miskin

Siapa Jajah Siapa?